Kapal Terbang Terhempas

Friday 27 December 2013

100 Doraemon Secret Gadgets Expo

Assalammualaikum...

                               Hai cinta, dan salam jumaat. Eventhough, jumaat sudah mahu melabuhkan tirainya tetapi masih belum terlambat kan? Baru-baru nih aku baru pergi Expo Doraemon. Well, overall aku bagi rating 4/5 bintang. Kenapa? Aku rasa walaupun benda nih baru pertama kali ada kat Malaysia, cara diaorang nak impress pengunjung boleh tahan jugak. Tak mengecewakan kalau pergi sana. Apa ada kat sana? Kita boleh kenal alat-alat dalam poket doraemon tuh, tangkap gambar, makan dan macam-macam lagi aktiviti yang kita boleh buat. Aku sarankan korang pergi untuk mengumbirakan hati sendiri dan anak-anak korang. Tak rugi beb.

Tak mahu membebel kat sini. Well kita citer pasal tiket, lokasi dan bila dibuka.
  1. Tarikh = 14 Disember 2013 - 23 Mac 2014 (setiap hari).
  2. Masa   = 9.00 pagi - 10.00 malam.
  3. Lokasi = Tingkat 2, Viva Home Expo Hall, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
  • Bayaran =  -  Kanak-kanak (4-12 tahun) = RM15.
  •                  - Dewasa (13 tahun ke atas ) = RM 25.
  •                  - Warga emas (60+), kanak-kanak (bawah 90 cm, 3 tahun kebawah), OKU bersama seorang teman = PERCUMA.


Di pintu masuk. Sabar jerlah. Nak bergambar kat sini pun kena amik masa 10 minit. Kenapa? Seramai-ramainya umat manusia kat situ. Aku bukan jenis orang yang bersabar. Tapi aku sanggup bersabar semata-mata tak mahu lepaskan peluang. Aku rasa memang aku peminat Doraemon sejati lah sebab komik doraemon tuh penuh satu almari. Uhuk, buku belajar kuketepikan.

Siapa ingat pakcik tua nih? Feymes betul beliau.

Ingatkan bom angin ini dapat mengeluarkan angin tahap kuasa 10. Tetapi kentut Giant pulak yang dikeluarkannnya.

Sempena melawat di sana, aku dapat parents angkat. Heheheh. Bye bye mama, papa.

Eh, eh? Revolusi lampu. Its emitted number instead light. Kuikuikui.

Ah sudah! Aku dah sesat kat perumahan Nobita dah...

Mama Sunyeo offer aku lawat rumah dia. Wakakaka...

Dekisugi gentlemen, eventhough aku dah tolak offer dia nak gi jalan2 lepas nih.

Oh... inilah feel Nobita dan kawan-kawan masa terbang. Tak sangka aku pergi sini aku dapat terbang jugak!!! Sobs sobs, terharu nyah!

This is absurd! Aku tak kenal saperkah mereka ini. Tapi disebabkan ke 'macho' an mereka melutut dan merayu di sini mereka telah dijadikan bahan gelak. Wahaha, tak sangka ada jugak manusia kat dunia nih lagi retard pertumbuhan otaknnya daripada aku.

Yehet!! Mentang-mentang telinga Doraemon kena gigit dengan tikus. Terpaksa gua kena jerit kuat-kuat kat situ.

Lapar lah pulak. Kalau gigit roti ingatan nih agak-agak kena saman tak?

Ok! Masa melawat dah tamat!!! Masa untuk shopping. Biar aku bitau range price dia dari RM5 - RM 150++. Aku tak tahulah kalau korang terlebih kaya sampai semua benda korang boleh beli. Tapi yang pasti niat gua nak plushie kecik untuk kawan gua pun terbantut. Sebab harga yang melampau tuh. Macam tak berbaloi jerh, nak kasi souvenir mahal-mahal. Alih-alih gua beli keychain jerh yg berharga RM 5.

Haaa.... inilah yang gua maksudkan. Kecik tapi harga RM25. Uhuk, letak balik kat rak.

Bukan plushie sahaja, selimut, baju, topi, permainan, dan berbagai lagi barang yang dijual kat sana. Dan of course ada tanda Doraemon.

Yehet! Tak ku sangka diaorang ada jual roti ingatan nih. 2pcs/RM6. Rasa dia? Biasa-biasa jerh, macam garlic bread yang pernah korang makan. Walaupun rasanya biasa, tapi aku rasa IQ kepala otak aku semakin meningkat (merepek) wahahaha.

Dorayaki pun ada!!! Ada 3 perisa, chocolate, peanut, dan red bean. Harga dia pun berpatutan. 1pcs/RM5.

Comel kan? Sedap dan wangi.

3 comments :

Unknown said...

nice entry... n beautiful pic ^^

ezyra taharin said...

best nye tempat nie..teringin nak pergi..
btw sye dah follow awak^^

tsumiki hajira said...

doraemon! my all time favourite :D