Kapal Terbang Terhempas

Thursday 29 November 2012

Syurga Beli Belah di Malaysia.

Assalammualaikum....

                                 Yo wassup guys....cheesy tak tajuk aku? Ni nak citer pasal tempat shopping yang best-best kat seluruh Malaysia dan yang penting ia BEBAS CUKAI ataupun DUTY FREE. Ya, i know korang semua tak boleh dengar perkataan shopping dan bebas cukai. Maka broke lah bapak-bapak korang dan suami-suami korang.

                                 Biasalah lumrah perempuan, suka berhias dan suka benda yang cantik-cantik, cute-cute, semualah... hahahaha. So, sebelum korang nak pergi tempat-tempat yang aku cadangkan nih. Bawak DUIT banyak-banyak. Semua tempat nih aku pernah pergi, masa kecil-kecil dulu dan sampai sekarang aku still ingat lagi. Dah nama pun masa kecik, kamera pun pakai Kodak lagi. Jadi, aku curi gambar orang jerlah. Maaf yer kepada tuan punyer gambar... hahahaha.


The Zon Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Kat sini menawarkan harga yang murah kepada minyak wangi berjenama seperti Dunhill, Calvin Klein, Hugo Boss dan sebagainya. And one more thing, bagi peminat coklat korang boleh serbu coklat yang pelbagai jenis, rasa dan jenama kat sini tanpa cukai.

Bazar Warisan, Terengganu.


Bagi peminat batik sutera, songket, cenderamata dan banyak lagi. Kat sini BUKAN BEBAS CUKAI. Tapi, korang boleh TAWAR-MENAWAR kat sini. Pastikan korang bermulut manis dan pandai bodek-bodek eh... Pada hari Sabtu dan Ahad pula akan diadakan pertunjukkan kebudayaan di ruang bawah bazar seperti nyayian dan tarian tradisional Terengganu serta demonstrasi membuat wau kepada korang-korang yang tak tau macam mana nak buat wau. Best kan?

Medan Samudera, Melaka.


Menjual pelbagai kraf tangan, cenderahati dan makanan ringan dengan harga murah. Sini pun BUKAN BEBAS CUKAI. Tapi, korang boleh dapat barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan.

Rantau panjang, Kelantan.


Its like heaven! Itu yang aku boleh gambarkan tentang tempat nih. Kat sini kalau korang rasa nak bergaya macam primadona, nak beli beg, baju dan apa-apa lagi. Kat sini MURAH GILER dan ia BEBAS CUKAI!!! Barang-barang kat sini banyak tiruan, kalau korang rasa tak boleh beli Peplum Dress dari Zalora, kat sini ada! Sebijik sejibil, kalau Zalora jual skirt Maxi RM 80 kat sini pulak RM 20. Besh tak? Bhahahaha kalau korang sayang duit korang dan teringin sangat nak pakai outfits dari Zalora. Di sinilah tempatnya, untuk menjimatkan duit korang tapi tiruan. Urghhh who care? Janji korang tak bogel kan?

P/S = Aku pun ada beli. Aku sayang, cintakan duit aku. Jadi beli kat sini jer...

Padang Besar, Perlis.


Ini pun sama macam kat atas tuh. Kembar jer Padang besar dengan Rantau Panjang nih.
So, dengan senang hatinya aku cakap kat sini pun BEBAS CUKAI!!!

Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah.


Jangan perasan korang perlu pergi Filipina pulak. Nama tempat jer macam tuh. So, bagi korang yang suka bling-bling, shiny thing and unique. Bolehlah pergi kat sini. Macam lagu Yuna, "Jika engkau minta intan permata boleh kubeli di Pasar Filipina". Yup, kat sini jual  mutiara wooo... ORIGINAL lagi. Grab the chance guys kalau korang berkesempatan pergi kat sini. Dan tidak lupa juga barang kraftangan yang unik.

Saper suka makan? Aku pun suka makan... kat pasar filipina nih macam-macam makanan bergoreng yang dijual. Fresh lagi!!! Maklumlah tepi laut beb... alamak kecur air liur aku cerita kat korang nih.

TIPS HANGAT KALAU NAK TAHU MUTIARA ORI ATAU TIDAK.

  1. Mutiara ori takde bentuk yang sama. Maksudnya dalam satu kalung mutiara tuh mesti ada bentuk lonjong, petak sikit, bujur dan macam-macam lagi bentuk yang pelik. Kalau korang tengok dalam satu kalung tuh bentuk sama/sepesen jer maknanya tak ori lah tuh.
  2. Suruh pekerja kedai tuh kikis sikit mutiara itu. Yup, KIKIS. Kalau mutiara ORI, bila kita kikis, kilauan kedua sama dengan kilauan pertama, maknanya yang itu mutiara ORI. Kalau TAK ORI, bila kita kikis, kilauan kedua tak sama dengan kilauan pertama. Macam pudar/buruk sikit kilauan kedua tuh. Hah yang itu memang sah-sah TAK ORI!


Miri Handicraft Centre, Sarawak.


Sini, memang popular dengan kraftangan. Korang boleh tengok kraftangan yang pelik-pelik dan unik. Pada hujung minggu pula diadakan pertunjukkan kebudayaan khas buat para pelancong.

P/S = Pic credit to google



Monday 26 November 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Assalammualaikum....


Hi guys, as you can see... aku telah menjoinkan diri dalam segmen lagi. Whack my face. *dush*.. ini sebab budak Lula An-Nada nih takde life baru-baru nih... bhahahaha ....kebosanan.... *sigh*


Itu dia, saper nak join boleh klik banner atau url kat atas nih. Senang citer.. dan, segmen nih berlangsung selama 2 minggu. Tengok sendiri tarikh yer kalian, aku bukan Nisa Kay dengan tagline saya suka menaip. hehehehe..

Dan mengikut syarat no 4. 
Blog saya sekarang mempunyai 123 follower. Cantik giler nombor, terima kasih kepada Mr Doctor kita kerana telah mencantikkan nombor follower aku pagi tadi. Arigatou banyak-banyak.


Semakin banyak anda senyum, semakin awet muda korang-korang semua. Tak caya? sila sebut smile.. smile... smile... 3 kali di atas.. hewhewhew.. Ini tagline akak Mialiana yer bukan aku punyer tagline...

Last but not least, apa yang aku suka kat blog akak Maliana nih adalah membaca tentang kehidupan  beliau di samping itu juga mendapatkan informasi-informasi yang mungkin boleh diguna pakai untuk... suatu hari nanti? Maybe....

P/S = Selamat menjoinkan diri korang semua dan baca syarat-syarat dengan betul... aku nak blah dulu... papai...