Kapal Terbang Terhempas

Thursday, 27 December 2012

Menuju Puncak Gunung Stong (siri kedua)

Assalammualaikum...

Pukul 6.00 pagi, hoh awalnya. Padahal takder function pun bangun awal-awal nih sebab nak bertolak ke puncak nih pukul 9.00 karang. Tapi bagi kitaorang, tidak mungkin kitaorang akan terlepas menghayati matahari terbit buat pertama kali (bagi aku) di gunung. Lagi cantik jika tengok matahari terbit di gunung kan? Kitaorang tengok sunset nih kat Baha Camp point view.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat menenangkan daku pada masa itu. Segalanya terasa nyaman pada masa itu. Tidak mengingatkan pada homework, belajar, kerja dan segalanya. Bagaikan satu terapi angin di Gunung Stong ini telah mengangkat beban di kepalaku yang telah kupikulkan selama berbulan-bulan lamanya.

Eh Lula kau nak tulis karangan kew? Ayat hamboih.... dewan bahasa dan pustaka nyah! Thehehehe, ceh... dengan kata singkatnya korang rasa aman damai lah kat sini. Huhuhu... seronok tau rasa angin kat sini. Tak sama angin kat bandar tuh. Carbon dioxide jerh banyak.

Err... afdal lah nyah rambut aku macam tuh. Duduk dalam hutan. Saper nak sikat rambut? Aku pun malas nak sikat. Harharharhar.... erk nampak awan a.k.a gabus kat sebelaha aku tuh? Perasaan aku masa tuh, rasa macam nak lompat duduk atas awan jerh. Tapi ikut akal waras fikiran aku nih, aku lompat kang jatuh, mati. hui.... jellly lah...

Merenung jauh di situ tengah fikir nak jadi Doraemon jap nak amik alat Pembeku Awan dari poket 4 dimensi. Urgghhhh puhlis.... rasa macam nak lari jugak menuju ke arah matahari terbit... ngeee. Nampak gebu-gebu, besar-besar, gemok-gemok jerh awan tuh teringat pulak kat gula-gula kapas. Ngeeee... boleh plak teringat gula kapas masa kat tengah hutan nih.


Gambar ini ditangkap lepas aku membalun 2 pinggan nasi lemak. Yup menu pada pagi itu. Ngeh, memang makan mewah nampak? Nak bawak bahan pun asdfghjkl lah Hehehehe, saper lah potong bawang dan timun tuh. Memang air tanganku sentiasa yang terbaik. Hek eleh, padahal potong jerh.

Cerita yang paling tidak kulupakan masa nak masak nasi lemak tuh....

AKU = *Tengah potong bawang*
FATHI = *Datang kat sebelah aku, lepas tuh tanya Cikgu Naza* " Cikgu ini ker daun pandan?"
C.NAZA = *amik daun yang dikatakan pandan tuh, belek*"Awak nih biar betul Fathi. Ini bukan   daun pandan. Ini daun pandan hutan. Tak bau pandan pun. Ini pandan hutan lah" *baling pandan kat tanah.*
FATHI =  "Aik? Aizuwan yang cakap yang ini daun pandan" . Saya pun amik lah *muka tak puas hati*
AIZUWAN = Aku sajerh jer troll kau. Ingatkan kau tahu mana satu pandan. Padahal pokok pandan tuh sebelah jer kat pandan hutan tuh tadi.
FATHI = "Aku ingatkan kaulah kawan dunia dan akhirat aku. Rupanya kau permainkan aku!!!!" *hempas kaki kat tanah. Bawak diri kat tepi sungai. Merajuk*
AKU = *Gelak terguling baling pisau kat tanah, pegang perut*.

Maka aku dan para jemaah yang lain mengelakkan Fathi dengan super kaw-kaw kapal api. Fathi,Fathi, macam-macam la ko ni.

Antara pemandangan di Gunung Stong. Sekarang nih jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kitaorang berhenti sekejap kat tepi sungai. Agagaga.. suka duduk kat sini. Tenang, hahaha tapi penat!!!! Nak naik tuh penat!!! Orang takder stamina macam aku nih, terasa penatnya.

Mandi!!! Eh... hahaha... kawan aku cakap pemandangan dia macam kat jepun. LOL.. tang mana dia fikir ada iras jepun tuh pun tak tau lah. Tapi bila aku nengok balik gambar-gambar aku masa kat Gunung Stong nih. Memang macam ada view jepun sikit. Woooott teruja tak korang? Nak tahu memang kena pergi sendiri. View kat sini memang macam ada ala-ala tempat rumah zaman dolu-dolu orang jepun dulu. Huhuhu...

Heiii!!! Nampak bongkok plak aku dalam gambar nih. Para jemaah yang lain telah sibuk buat pesta air aku sibuk posing dulu.

Jangan tanya ini spesis apa. Aku nampak benda yang pelik-pelik sikit cepat jerh aku tangkap gambar. Hewhewhew. Oh lupa plak nak citer, perjalana kepuncak mengambil masa 5 JAM. Again pecah rekod semalam. Hamik kau. Lebih kurang 32 KM aku berjalan... err lebih tepat mendaki ke puncak.

Uweeeee... tupai jinak di Puncak Gunung Stong!!!! Adalah lebih kurang 7-8 ekor datang mintak makanan. Jinak giler!!! Agagaga first time dapat tayangan zoo percuma. But, sekarang lagi best dari zoo!! Dapat pegang lagi!!! Kalau kat zoo dapat tengok dekat-dekat, kat sini dapat PEGANG, SENTUH, peluk jer tak boleh. Nanti dia lari.


Skang nih eden nak bergambar dengan bukti bahawa eden dah berjaya menawan G.Stong ini. Hihihihi... nampak di situ muka BANGGA. Puji diri sendiri.

Hik! Bergambar secara berjemaah pulak. Tak payah describe pun dah tahu. Muka semua dok happy jerh memanjang. Agagaga... sweet memory di sini walaupun penat macam putus nyawa.

Nih nak citer pasal turun gunung plak. Kalau turun pulak mengambil masa separuh jam. Maksudnya, kalau 5 JAM kau mendaki, maka 2.30 JAM sahaja masa yang diperuntukkan untuk turun. Aku siap berlari lagi masa turun tuh. Saper tak suka turun gunung kan?

Menu makan malam kedua plak! Daging salai masak lemak cili api bersama air asam pedas kebaboom yang membuatkan korang drolling depan lappy nih. Untuk side dished plak, cucur ikan bilis Adabi yang telah di masak oleh AKU. Minuman plak Ice Lemon Sizzling yang telah dibuat oleh 3 sekawan iaitu Aizuwan (the troll), Najmi , Aku. Huik? Macam mana dapat air batu plak tengah-tengah hutan nih? Haaa... inilah istimewanya air sungai sini. Sejuk macam ala-ala air batu. LOL. Air batu semula jadi.. ngeh ngeh ngeh.

Maka, tamatlah aktiviti  hari kedua kitaorang di sini. Malam kedua takder firecamp, sebab masing-masing penat and kayu api basah sebab hujan petang tadi.

P/S = Nantikan siri finale.


1 comment :

✿INA AINAA✿ said...

hishhh bestnyaaa.. suka tengok gambar sis yg kat blkg tu ada awan2 menunjukkan sis kat atas gunung.. serius, teringin nak join aktiviti camni...