Kapal Terbang Terhempas

Tuesday, 3 December 2013

'Old School'

Assalammualaikum.....

                                  A~~~Hoy!!! I'm back. Well kita takyah cakap pasal kehilangan aku, harinih kita nak cakap pasal hobi. Semua orang mesti ada hobi yang menarik untuk dikongsi. Aku pun. Memandangkan aku nih pelik orang nya, mesti hobi aku pelik jugak kan? Yup, hobi aku tersangat lah old scholl sebab aku rasa dalam kalangan kawan-kawan aku... aku sorang jerh yang ada hobi macam nih. Yeah, aku hidup zaman batu tak setaraf dengan budak-budak zaman sekarang.

Hobi nih agak baru bagi aku baru tiga tahun, itupun tak habis menuntut lagi. Kalau nak suruh aku buat benda-benda kecil macam phone casing boleh. Tapi, kalau buat sweater, baju and so on. I give up. Tersangatlah mengambil masa yang lama. Fuh.

Inilah tempat segala perkakas aku simpan. Ada 3 color jerh. Yang warna putih tuh adalah belas ihsan dari kawan aku. LOL. Aku ingat lagi, dia kasi benang mak dia masa aku mula-mula belajar dulu. Aku belajar dari buku. Takder saper ajar aku. Aku  tahu baru-baru nih yang selama nih aku pegang jarum kait tuh salah. Walaweyh. Fail betul. Normal people pegang jarum macam pegang pen. Aku, macam nak cedok nasi. OTL.

Yang kiri sekali tuh untuk tapak kasut baby. Tapi aku macam asdfghjkl untuk buat kasut bayi tuh so aku give up. Itu macam first attempt aku jahit benda alah nih. Yang tengah tuh.... errr.. of mindless act. LOL. Aku tak tahu apa aku buat tuh. Hahahaha. Dan yang besar gabak tuh untuk casing fon Galaxy Y aku... wohhoooo... itulah pertama kali aku berjaya buat benda dengan jarum dan benang hahaha. Aku belajar benda nih sebab benang besar and jarum dia besar so why not aku try belajar. Aku ingat lagi cuba jahit seluar koyak. Aku macam.... apsal jarum dengan benang dia kecik?  Puih.

Sekarang nih aku try buat shawl uhuiui... beberapa kali practice dan kegagalan. Akhirnya aku tahu jugak macam mana nak buat kaitan biji jagung, kerang dan biji anggur dan juga lain-lain. Terharu kat diri sendiri sebab walaupun dah 3 tahun aku buat hobi nih, dengan kekangan masa korang ingat hari-hari ker aku pegang jarum kait nih. Boleh kira dalam tahun nih baru 5 kali aku mengait, tahun lepas lagi dahsyat 2 kali. OTL.


Aku paling suka hobi nih. Seronok beb. Mungkin orang lain tak faham kenapa aku seronok sangat kumpul setem nih. But do i care? Hobi nih bermula dari tadika sampai lah sekarang. Lama tak? Reason hobi nih jadi lembap tahun-tahun lepas adalah disebabkan e-mail, sms dan lain-lain lagi. Dan yang aku paling sedih tahun nih kad raya satu keping pun aku tak dapat. No kad raya, no setem. Adeh.

Antara collection siri setem sampul surat. Memang setem singapore. Tapi percayalah korang. Aku dapat setem nih kat Peneng tau tak. Aku tak berapa ingat. Tapi ada satu jalan kat Peneng nih, macam flea market tau tak. Dioarang jual barangan terpakai dan benda-benda pelik, barang old school pun ada. Aku suka tempat tuh. Hehehehe.. so masa aku tengah usyar barang tetiba aq ternampak satu bundle kertas ikat dengan getah. Aku belek-belek jumpa setem, setem, dan setem...
korang percaya tak pakcik tuh jual RM2 untuk satu bundle setem tuh. asdfghjkl.

Antara dalam bundle... bernilai RM 2 aku jual kat muzium berapa lah gamaknya. Bukan tuh ajerh. Aku jumpa koleksi satu album duti lama kat sana.... arghhh!!! Tarik nafas ... hembus... kalau berpeluang pergi sana lagi.. aku nak beli telefon old school plak. Telefon lama butang pusing-pusing tuh.

Ini aku beli kat Aviary Bird Park KL. ahak.

Setem upin ipin yg tidak kutanggalkan lagi dari sampul surat.
Kalau ada masa, nanti aku share cara nak tanggalkan setem tanpa mengoyakkannya dan merenyukkannya. Well.. nanti aku kongsi.

Setem rafflesia itu adalah antara setem yang paling sukar diperolehi.

Common setem....old school.. sekarang setem 20 sen pun lain

Ini new zealand punyer setem, beli kat perak. Harga pun aku malas tanggal. Ah gamak lah.

Dalam banyak-banyak setem aku suka yang ini untuk setem Malaysia. Sekarang nih setem macam nih dah tak dikeluarkan.

Kisah epic sebalik setem nih adalah aku pernah sawan satu hari. Ada bungkusan dihantar kat aku well logic lah setem pun berharga RM 5. Aku hypervantilate kejap bila tengok setem nih. Korang boleh perhatikan yang setem nih tak macam setem biasa. Dan benda yang membuatkan aku semakin sawan adalah, saper yang tolong tampal setem sangat lah berbaik hati sebab tampal dengan keadaan yang original. Uhuhuhu bersyukur...

Antara setem yang didapati dia flea market peneng.

Koleksi Ratu Elizabeth. Dari 1P ker 50 P.

Kiri China, tengah korea, last jepun. ahak... bapak lamanya setem nih. Ini setem aku dapat kemas stor nenek aku harituh.

So.... habis.. ini jerlah hobi yang aku rasa kebanyakan kawan-kawan aku tak tahu pun. Ohok. Sharelah dengan aku hobi-hobi korang plak.

3 comments :

ezyra daniel said...

memang old school la awak nie..hehe..kumpul setem..mengait.tp tu kepuasan kte sndri kan,sye pulak suka kumpul komik gan poster artis kesukaan sye

najiah shaharain said...

mmg best ada hobi cam geni..

TeTo YakSa said...

waaaaa.. Hobi yg memang Best.. heheheh