Kapal Terbang Terhempas

Tuesday 22 April 2014

Pengalaman Temuduga/Interview TESL, UITM.

Assalammualaikum....



      Dengan bangga akhirnya berjaya jugak aku tulis entry ini dengan menggunakan tab. Bleh, dah la panjang giler entry kali nih. Tanpa membebel panjang aku nak share pengalaman aku sebelum memori manusia yang lemah terus buat kong. Almaklumlah, beta nih dah tua.

8.30 A.M

Aku sampai awal sangat sebenarnya, bukan 8.30, sebaliknya, 7.45. Bhahahaha, bangga tak, masa tuh kampus uitm Padang Lalang nih sunyi sikit. Aku terus tanya pak guard tuh mana ujian tesl diadakan. Khabor pak cik guard tuh tengok list nama kat papan kenyataan tuh dulu. Ok bagus, aku dalam panel 3, dan lagi bagus aku no.25. Orang last tuh, ok, aku sakit hati sebenarnya. Apa pasai dia tak kasi aku no.1 ker 2, ker. Ish.

Lepas tuh dengan sukacitanya ada seorang pakcik nih umum peserta-peserta tesl masuk dalam dewan, untuk ujian bertulis. Ngeee, ngilu sikit hati aku masa nih. Orang lain dok risau pasal ujian oral nanti tapi aku terbalik. Aku lagi risau dengan ujian bertulis aku nih nanti. Eh, you knowlah, aku lagi suka bercakap dari tulis. Ahaks.



Masuk-masuk peserta lain, nampak macam gelisah. Kertas dan soalan ujian dah ada kat atas meja. Color soalan ujian tuh color ungu, aha, i loikeee. Suka tul aku tengok warna ungu pepagi buta nih. Tenang hati beta yang tengah gundah gundala nih.

"Ok you may start now". Kata penjaga ujian tuh. Bukak-bukak, errr.. nih hah ada 2 bahagian. Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A ada 15 soalan kefahaman, bahagian B soalan essay, words, aprroximately 250. Ok, aku takde masalah dengan ayat approximate dia tuh. Memang brain aku tengah kontang nih. Hish.

10 minit berlalu....

Alamak, apa nih, tengok orang kanan,  dah 2 soalan dia jawab. Tengok orang kiri, muka macam confident tapi dia sendiri macam termenung bodoh kat kertas tuh. Bhahahaha. Tak baik betul aku nih. Sendiri pun tak jawab lagi. Aku bukan termenung. Brain aku tengah process karangan kefahaman dia bagi nih. Korang tau tak ujian ICAS? Boleh bayangkan tak ayat dia susah macam tuh. Dah lah tanya pasal pembentukan padang terbiar. Lebih kurang cakap Malaysian nih tak sedar diri asyik tebang sana sini pokok, lepas tuh, tanam pokok ikut suka hati tanpa tahu tanah tuh sesuai ker tak dengan pokok tu, boleh ker pokok tuh hidup tanah sebiginih. Dan akhirnnya bila tak sesuai crops pun jadi failure dan tanah pun terbiar macam tuh. Jadilah padang jarak padang terkukur. Lepas tuh ada lagi lah, yang lain-lain lagi. Aku tulis nih ikut ayat kefahaman aku. Korang punyer otak lain, lol kalau ada saper peserta tesl yang terjumpa blog aku. Manalah tau kefahaman korang lagi power dengan aku kan. Jangan gelak plak.

Bahagian B, soalan essay dia macam nih. Snatch theft become rampant in Malaysia. Discuss ways to prevent this cases. Begitulah ayat dia yang aku ingat dari memori manusia aku nih. Ok, aku tulis satu page jer. Dengan tulisan besar gabak aku tuh. Aku tengok orang kiri kanan dahlah tulisan kecik lepas tuh aku tengok macam tak cukup kertas jerh aku tengok diaorang tulis. Gila ah korang, nak buat ujian SPM balik ker. Hahaha. So, aku kira lah berapa banyak words aku. Yerlah padan muka saper suh tengok orang kiri kanan, godaan syaitan betul. Puih. 235 words, hmmm oklah, arahan tuh pun cakap nak aprroximately 250 words. Lol. Tapi ayat terakhir aku takleh blah. Aku macam teringat ayat. Cikgu BM aku, cikgu Haryati Jamin. "Ingat yer anak-anak, pada perenggan terakhir, akhirkanlah ayat dengan slogan yang mantap dan berkaitan dengan karangan". So, ayat akhir aku dalam karangan tesl aku tuh, "Together we united for love and peace". Bila ingat balik sekarang rasa macam nak slap diri sendiri. Ish, apsal aku tulis macam tuh? Tapi sekarang aku tak boleh berpatah balik. Let bygone be bygone.

Frankly to speak, i'm wasting my time in comprehension for 40 min, and essay in 20 min. Giler.

9.30 A.M

Ok, sekarang ujian oral plak, iaitu ujiam temuduga lah yang korang selalu dok risau tuh. Aku langsung tak risau. Aku pun tak tau kenapa. Ngeee, bukan berlagak tapi, entah. Dah biasa kena maki dengan cikgu B.I aku dulu kowt. Eh, apa kaitan dengan temuduga? Hahaha. Peserta lain semua tanya aku no berapa , aku cakap aku yang terakhir. Lepas tuh tuh boleh plak cakap bestnyaaaaa. Hoi, apa yang bestnya weyh. Aku dengan rela tukar no dengan korang tau tak. Being a last person is no fun at all. Aim aku nak abis awal lepas tuh boleh aku berjimba kat bandar kuantan. Key, nampak tak otak tak serius aku nih. Boleh lagi aku berfikir nak gi jenjalan masa orang lain dok nervous.



Aku chatting dengan peserta-peserta lain, borak datang mana. Orang terengganu banyak. Tapi, bila diaorang cakap bahasa ganu diaorang tuh terus brain aku shut down. Well, my dialect limits in Pahang only. Itu pun tinggal kat Pahang orang cakap aku nih orang KL. Memang aku cakap KL, ngiahahaha, sebab family aku cakap tanpa dialek, aku pun, well yeah, enviroment aku membesar. Nak buat camna.

At last, selepas penantian yang lama, uitm tuh pun dah sunyi tau tak. Grrrr, itu yang aku cakap, being a last person is no fun at all. Tingg, bell berbunyi, ok bermakna penemuduga tuh panggil aku. Bela rambut , check, tengok makeup, perfect. Tengok kuku, ok bersih. Dengan lafaz bismillah, ku melangkah dengan kaki kanan masuk dalam makmal komputer yang sejuk beku sebab aircond. Bagus, aku suka sejuk, cita-cita aku masa kecik dulu nak bina rumah kat antartika. Bhahaha. Mengarut abis cita-cita aku dulu.

Q : Youre the last person, so, we don't want to wasting your time we will ask a simple question ok?
A : Ok.
Q : Tell us where are you from?
A : Kuala Lipis.
Q : Oh, so you're the second Siti Nurhaliza, you look a bit like her.
A : No, i can't sing. But rapping yes. (LMAO, apsal dia cakap aku macam siti plak. Rapping tuh kalau mellow rapping ok lah, kalau rapping R&B its a big no no.)
Q : *laughing* So, tell us about yourself.
A : As you know my name is Lula, i was born in 19**, i'm going to kingdergarten when i was 3 years old, i was graduated from SK Benta and graduated from SMK Clifford. My hobbies are watching television, and reading books. For readings, i love read Harry Potter series, Twilight series which is obvious that i love fantasy genre. I also read some magazines, like REMAJA, RAPI, and WANITA. For television, i only watch it for intertainment, i really enjoyed myself with disney channel, cartoon network, national geography and so on. So thats all about my self . *Smirk like Kai*
Q : So, what are you parents doing?
A : Oh, my father like a supervisor, he work for Felcra. My mum just like a typical women, a full-time housewife.
Q : So, do you choose TESL because you want to be a teacher.
A : Honestly i want to say, i have zero interest for being a teacher. For me when you learn English does not mean you have to be a teacher. I choose this programme because i want to improve my English, i want to talk smoothly and fluently. I want to have a social with a people that can talk English with me in 24 hours. That why i choose this course.
Q : If you want to improve your English you don't have to choose this course, this is your first choice in UPU right?
A : Yes! ( i got a bit mad , because he ask me with a judging stare but my voice don't raise when i answered them)
Q : So, you second choice in UPU?
A : Management in tourism.
Q : This course also, will teach you how to speak English too, why do you very interested with this Tesl programme?
A : ( Alamak, diaorang nih nak aku kasi soalan paling jujur aku ker?)  You see, i have my own vision with my future, i choose this tesl course because this course required only one year in study, after that i can continue my study with degree in tourism. Frankly to speak that i can save my time, money, and get a better live if i graduate earlier. ( aku kalau boleh tak nak kasi jawapan nih, sebab terlalu jujur)

Interviewers tuh terdiam sejenak. Angguk kepala and then bisik- bisik dengan penemuduga perempuan kat sebelah dia tuh. Selak-selak sijil aku sambil angguk-angguk lagi. Aik, terus nak buat keputusan ker sama ada aku diterima ker tak?

Q : Hmmm, owh, you have your own vision, hmm thats good. So, Pahang darul makmur right? How about N.sembilan.
A : Darul khusus. ( jawab tanpa berfikir, nasib baik betul, serius. Soalan common macam nih kalau zaman aku tadika dulu dapat lah jawab, sebab yerlah bebudak. Sekarang nih macam-macam nak sumbat dalam kepala otak nih, lagi-lagi memikirkan duit minyak kereta aku. Hahaha)
Q : You said that you watch tv and reading for entertainment. So what you get?
A : You know, even i watch and reading for entertainment does not mean that i doesn't know at all about world. From entertainment i can know fashion, issues trending, moral about the event, technology and so on.
Q : What are the best topic that you like from what you have said.
A : Technology, i love talked about camera.
Q : Selca? *laugh*
A : No, i don't think all teenagers are same. I admit that i have a few selca but my point about camera is about their characteristics, performances, quality in the camera and so on. I'm a expert about this topic. ( okay, ceh, mentang2 remaja sekarang suka selca. Kkkk)
Q : Ok, we think that's all. Do you have any question that you want to ask?
A : Yes.

And the interview got vice-verse.

Q : Actually what are the characteristics of student that you want for this course?
A : Well, of course we want that fluently speak in English, not just fluently but, confident. Any more question?
Q : No, because my question got answered in the earlier interview. So, that's all.
A : Oh, ok, its nice to meet you. I wish you good luck.

Aku pun cakap terima kasih shaking hand with them. Alamat tak baik. Good luck bermaksud bad luck. Kalau dia cakap we will see you soon ker or benda lain ker. Aku tau, masa tuh juga diaorang akan terima aku. Aku terfikir gak, mungkin jawapan terlalu jujur aku tuh mengubah segala presepsi diaorang terhadap aku. Hmmm. I guess aku tak boleh nak ubah apa-apa sekarang. Hahaha. Jujur pun salah, menipu pun salah. Halahaih dunia.

Masuk kereta kening aku tengah berkedut memikirkan apa kesalahan aku sampai abah tegur, "kenapa? Tak okey ker tadi?" Malas nak merisaukan hati tua abah aku, aku berdalih, " taklah tadi orang temuduga tadi cakap muka efa macam siti nurhaliza. Ada rupa ker abah?" 

So far... hmmm, aku tak tau nak cakap apa, nampaknya aku kena amik diploma lah nampaknya. Huh, bazir masa aku.. duit lagi... heh.

P/S : Apa yang aku tulis kalau ada grammar error ker ayat error ker, aku tak peduli, sebab aku taip guna tab. Nanti aku dah beli lappy baru aku betulkan balik.

Edited : 27/04/2014. Grammar salah... aku biarkan. Menunjukkan kemampuan aku bercakap english. lol.