Kapal Terbang Terhempas

Thursday, 13 February 2014

Random : Pengkhianatan yang Tiada Penguhujungannya.

Assalammualaikum...

                               Aku nak cakap pasal pengkhinatan hari nih. LOL. Untuk sesi random nih aku nak cakap benda yang aku nampak atau benda yang aku buat. Nampak sangat kau takde bahan nak update benda lain kan Lula. Ngiahahahhaa.

Baek, kau marah aku ker sebab besarkan kepala kau? Maaf lah, ini sesi khianat. Maka terpaksa ku khianatkan kepala mu.

  • Tadi, masa kat bandar aku nampak ada kucing liar duduk kat atas pasu pokok apa tah. Aku ingatkan dia nak buat benda. Cium sana cium sini. Pastuh siap korek sana korek sini. Then, selamba badak jerh kucing tuh kencing kat pokok tuh, siap berak lagi. Khianat sungguh. Kalau tahu tuan punyer pokok tuh, mampus dihambatnya kucing tuh.
  • Jiran sebelah rumah aku nih selalu prengg motor dia. Aku tak kesah dia nak prengg motor dia kunun nak panaskan enjin. Tapi kalau pukul 1 pagi or 7 pagi keatas tuh biasanya masa aku tidur weyh. Biasalah aku nih noctural sikit. Kalau prengg sikit-sikit takperh lah, tapi beria-ria sangat macam nak cek motor dia tuh boleh jalan ker tidak. Kengkangdang aku hangin, aku balik rumah memalam tuh aku pun me'vrooommm' kan injin kereta ku. Tahu pun kau nak marah sebab aku ganggu tidur kau. Bila aku ungkit pasal motor dia tuh, tahu pula kau terkedu. 
P/S : Harap jerh motor biasa, tapi bunyi macam motor injin besar. Ceh, bukan aku sorang jerh komplen kat kawasan perumahan nih.

Aku cubit dia nih kang, hehehehe.

  • Boleh cakap aku nih peminat fanatik Harry Potter. Kalau aku banyak duit, dah lama aku terbang gi London tangkap gambar dengar Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint and so on. Apakah daya, nak tuang duit minyak pun tergagau-gagau duit dalam dalam dompet, inikan nak pergi London. Heh, in your dream Lula. So, sekarang nih ada khianat dari segi financial.

  • Khianat kat diri-sendiri, kengkadang aku janji nak buat sesuatu kat diri aku, tapi tak ditunaikan sampai sekarang. Apalah nak jadi dengan aku nih. Hmmm

  • Tipu aku cakap kalau setiap orang takder impian, kengkadang aku terfikir, bila aku nak jadi kaya? Bila aku bina syarikat sendiri? Bila dan bila tak pernah ada penghujungnya.


No comments :