Kapal Terbang Terhempas

Sunday, 23 December 2012

Menuju Puncak Gunung Stong, Kelantan. (siri pertama)

Assalammualaikum....

                          Seperti yang korang tahu aku telah mendaki G.Stong, Kelantan seminggu yang lepas untuk 3 hari 2 malam. Best ker? Well bagi aku best, bagi korang tak tau lah pulak. Sebab I LOVE CHALLENGING!!! Tak lengkap hari-hariku tanpa cabaran yang menyesakkan kepala otak atau memenatkan kaki dan tanganku ini.

                              Gunung Stong setinggi 4,664 kaki telah berjaya ku tawan!!!! Horeeyyy!!! Harharharhar... ceh padahal takderlah tinggi mana gunung tuh.


~ Inilah barisan kita...
bersedia untuk berjuang~ 

Agagagaga... macam hampeh jerh gambar aku masa nak pergi takder. So, letaklah gambar orang lain. Eh, bagi korang yang malas nak google tuh macam mana rupa safety belt hiking bag tuh itu rupa dia. Nampak kan? Safety belt for waist and chest. Muka semua bajet hensem. Menyampah aku... gambar korang lagi banyak dari tuan kamera. Puih...

Sebelum pergi kena dengar taklimat yang diberi oleh guide kitaorang. Macam biasa lah tak boleh buang sampah merata, jangan terpisah dari kumpulan, jangan buat benda-benda pelik, bla bla bla... panjang betul guide nih membebel sampai muka aku pun jadi bosan dan mindaku telah terbang di tempat lain. You can see my face in the picture. Yup aku rasa aku sorang jerh yang verangan, orang lain concentrate giler. LOL muka korang macam nak masuk exam PMR jerh.

Bertolak!!!! Ewah nampak jerh tangga masa mula-mula nih. Lepas nih kang jumpa larh akar pokok, batu licin, anak sungai and so on. Memang penat macam nak mati. Tapi aku rilek jerh. Partner aku lah yang paling tak aci. Beg dia bukan dia yang bawak. Pak cik Embong (contestant) yang bawak! Ceh, itu sungguh tidak adil! Aku penat-penat bawak khemah apa semua tuh dia boleh lenggang jerh... rasa nak baling selipar jerh kat partner aku pada masa itu. Hahahaha

Taraapapapa...... berhenti sebentar di sungai. Korang pernah minum air sungai tak? Mungkin sesetengah korang pernah minum air sungai ataupun memang tak nak!!! Jijik weyh!! Hahahaha aku pun macam tuh dulu. But.... SERIOUSLY!!! Air sungai kat sini tak rasa macam air paip pun. Partner aku punyerlah tak percaya tanya aku "boleh minum ker air sungai nih? *muka tak percaya*" Aku just cakap, "kau try jer minum, takdernya nak cirit birit nanti". Partner aku pun  cubalah and dia cakap "serius sejuk air sungai nih and sedap". 

Hah! Ini baru aku!!! Hehehehe... aku suka pemandangan kat belakang tuh. Sambung balik pasal air sungai tuh. Sebelum korang tanya aku ada side effect apa-apa ker lepas minum air sungai tuh baik aku cakap dulu. Air sungai nih sumber dia asli. Turunnya hujan ke bumi dari tanah masuk ker sungai, dari akar kayu dan pelbagai spesies pokok. So... air sungai nih herba kepada kita. Tak dinafikan aku nak cakap air dia ada rasa manis-manis sikit. Ceh, tak percaya? Pergi sendiri nanti yerh kalian.

Cakap pasal Pak Embong tadi. Itu dia, yang ada teropong tergantung kat leher tuh. Aku dah cakap diaorang nih camera maniac. Lebih dari tuan kamera. Pandai jerh korang posing yer. Ahah! Lupa nak cakap ada budak umur 11 tahun dan 9 tahun ikut join mendaki nih. Perghhh!!! Aku nak cakap satu jerh. Bebudak kecik nih tak penat ker? Dari awal naik gunung sampai akhir energy macam 100% fully charge gilerh betul. Aku yang besar nih pun semput. (Mengaku jelah ko dah tua) hahaha.

Mulakan kembali perjalanan. Ngee.... curam, curam, sebab tuh terbongkok-bongkok semua. Kitaorang bukan berhenti sekali jerh. Adalah dalam 3 kali kitaorang berhenti rehat sepanjang 3 jam perjalanan untuk ke Baha Camp. Thats mean, perjalanan ke Baha Camp ini adalah 20 KM jauhnya!! LOL percaya atau tak, aku telah pecahkan rekod aku berjalan KAKI sejauh itu.

Dan lawak tak bleh blah masa sepanjang perjalanan kitaorang tuh....

"Angkat sauh~....."

Memula aku dengan partner aku pun tak faham, apa plak kaitan angkat sauh dengan setiap kali kitaorang nak bertolak lepas berehat sebentar. Ceh, lepas kali ke-3 berhenti baru aku faham maksud angkat sauh tuh. Maknanya angkat lah beg korang yang besar gabak macam sauh beratnya, nak sambung jalan nih. Hoihoihoi... sengal tul pakcik-pakcik nih.

Yaaaaaaa~~~... at last! Sampai jugak ke Baha Camp pada pukul 5.00 P.M. Sedut udara segar puas-puas. Asyik sedut asap kereta jerh dok bandar tuh. Jumpa bangunan semula jadi plak. Agagaga.... macam tak nak balik rumah feel aku masa tuh. Segar.... sejuk... nyaman lagi udara kat sini. Better dari aircond kat rumah aku.

Aksi yang tidak diiktirafkan, pssst... mat salleh kat belakang aku tu pun buat muka pelik. Eh... tapi hencem gak mat salleh tuh. Heyheyhey.... aku ingatkan duduk bandar jer dapat cuci mata. Rupanya masuk hutan pun dapat cuci mata gak. Hahahaha.... untung untung...

Petang tadi dah penat pasang khemah, buat ampaian (padahal bukan aku yang buat), masak (lol, aku masak nasi jer), mandi (mandi pun penat? Ceh...)... so sekarang, makan time!!! Menu kita pada malam pertama ialah BBQ AYAM! Wau!! Mewah nyah menu makan aku, masuk hutan pun makan sedap-sedap. Tapi...... nak membawanya tuh lah macam asdfghjkl... tak dapat digambarkan dengan kata-kata beratnya.

 Gambar penuh dengan water drop. Ia bukan hujan, tapi terjadinya fenomena kepala air berdekatan tempat bersinggah kami. KEPALA AIR? Macam pelik jer bunyinya kan? Kepala air nih terjadi disebabkan apabila 'span' (tanah) yang menyerap air di sungai tuh tak dapat menampung air yang telah terserap tuh... hahaha aku nak jelaskan pun tak reti sangat. Kang aku tulis-tulis kat sini bercanggah dengan fakta pulak.

But, kepala air nih bahaya wohh... kitaorang semua tak berani nak turun ke sungai. Silap hari bulan boleh maut dek arus yang mega laju tuh. 

Kitaorang buat campfire, borak-borak, main teka-teki, bakar sosej gunung ranting kayu. Paling penting sekali kitaorang dapat kenal satu sama lain. Ewah, macam majlis suai kenal plak. Ceh.... dan part paling penting, pada pukul 1 pagi kitaorang tengok awan berkumpul di point view Baha Camp. Sangat menabjubkan! Tidak ketinggalan para bintang di langit, nampak terang, dekat, besar kat gunung nih walaupun belum sampai puncak... awwww... lawa sangat!!!

Selalunya... kalau kat rumah aku tidur bertemankan lagu EXO-K - ANGEL PIANO VER. My favourite lullaby... tapi kali nih bertemankan dengan bunyi air terjun.... uishhh nyaman... nasib baik tak meraung nak lagu lullaby tuh.. hahahaha

Inilah kepala air tuh... bahaya kan? Aku tak dapat tangkap gambar sebab gelap sangat. Cilok gambar pakcik google jerh.

P/S = Nantikan siri seterusnya....



4 comments :

✿INA AINAA✿ said...

hope one day ena dapat hiking macam ni.. serius ena teringin sangat sangat.. hurmmm

Lula An-Nada said...

boleh ajer ena pergi. janji ada orang nak bawak... hehehehe

Beyta said...

wah.. minat hiking gak.. dah berapa gunung berjaya di tawan ni? :)

Lula An-Nada said...

Baru satu nih... hahaha