Kapal Terbang Terhempas

Thursday, 8 December 2016

12D11N JAPAN | TOKYO-KAWAGUCHIKO (Mt. Fuji)-OSAKA-KYOTO-NARA-SAITAMA-TOCHIGI-GUNMA

Assalammualaikum...

Tolong sediakan data sebanyak mungkin dan masa. Kerana kadar kepanjangan entry ini akan mengoda anda untuk membaca sampai habis dan banyak gambar-gambar menarik yang uollss must see. (InsyaAllah buat post lain untuk seperate tips)

Well first time aku gi Jepang. Dah lama aku tak travel. Membuatkan aku menjadi sangap kejap sebab jumpa airport, abang-abang pilot yang hensem dan kakak-kakak pramugari yang cantik.

Well persedian ke Jepun ni take one year. Hahaha. Aku ada citer kat entry sebelum ni. Japan, I'm Coming


TOKYO DAY 1

Aku tolak petang, dalam 2.45PM. Percaya lah, RM 706 return tu dah cukup murah bagi aku (ye aku tau ada lagi murah. Tapi kalau hangpa dok cite claim-claim point tanpa waspadanya aku akan menerajang korang).

Camera Galaxy Note 3 Neo
Dimana anda semua sedang tidur, aku dengan member tak habis lagi berbincang pasal itinerary. Gila kompleks kan route subway dia? Heh. Kacang je kalau korang dah master pasal map ni. InsyaAllah takdenya nak sesat.

Akcelli kitaorang takleh tido sebab ada makcik-makcik cina yang kuangjo tak pernah dengar perkataan respect dan bebal dalam memahami konteks ayat. Apa lah ke bangang sangat tak faham Hot Seats tu harga lain. Aku rasa hakak pramugari ni pun nak cekik-cekik je makcik-makcik ni. Berborak macam hang duk 1km jauh.

Ish.


Camera Galaxy Note 3 Neo
Dah sampai Jepun. Alhamdullilah. First, kita beli tiket limousine bus cepat-cepat ke Gyotoku. Last bus. Mahal pun mahal lah. Nanti ada adengan tidur kat airport dengan zombie-zombie mabuk. Lagi haru. Fuh. Akcelli harga tiket 1130 yen sorang, tu resit dia and tiket bus tu. Canggih dan lawa kan resit dia. 

Camera Galaxy Note 3 Neo
Ada kiosk wifi. Scan je passport dia bagi bende alah ni. Aku tak guna pun. Salah aku sebab hilangkan kertas tu. Tapi aku pun satu bangang. Tak ingat dah tangkap gambar. Balik mesia rewind balik gambar. Hmmm... tepuk dahi jelah mampu. So, aku rasa nak guna wifi free ni, ikut je lah direction dia bagi tu.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Rembat brochure and map kat travel information. Mintak coupon diskaun. Dia kata yang ni pun boleh. So, korang kena teliti sikit nak tengok diskaun-diskaun tu. Tulisan dia MasyaAllah. Huhu.

Tapi yeah, kebanyakan tempat aku pergi, tak de off pun. Tempat-tempat besar je dan tourist attraction. Lagi satu, dia tak bitau awal kat tokyo map tu ada simbol off. Aku balik mesia mampu mengeluh je.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Rasa macam tak percaya dah sampai Jepang. Hooray!! Jakun sejakunnya. Gambar first kat Jepun. Teksi Jepun, dimana pintu automatik terbukak untuk pelanggan. So, google dah warning awal-awal yang pintu backseat automatik tetbukak. Tapi, kami ni insan yang berjimat, tak merasannya naik teksi kat sini.

Sekarang musim autumm, so saper pernah pergi Genting Highland ke, Cameron Higland ke. Haa, macamtu lah rasa dia, cuma lagi sejuk sikit.

Aku dah cakap ke Limousine Bus dia ada tandas? Yes, ada tandas dan nasib tak bau pelik-pelik.

Off to Gyotoku. Mencari rumah kawan. Sesat sebab rasa noob tetiba tengok direction google maps dari stesen bas. 

Dah sampai rumah member pun jakun jap. Rasa macam masuk rumah Nobita. Haha. Dia tunjuk tandas, dan menerangkan kepelbagain butang tersebut. Aku angguk-angguk je. Curious. Takper. Jap lagi berexperiment. Dan mulalah men'tour' rumah tersebut. 

Aku jakun sampai sekarang.


TOKYO DAY 2
Camera Galaxy Note 3 Neo
Misi hari ni menyelesaikan semua urusan penting dahulu. Demi menjimatkan duit. Kami rembat Tokyo Metro 24 Hour Ticket kat vending machine, 600 yen. Naik la subway selebam mungkin. Unlimited. Hanya boleh guna untuk train Tokyo Metro Line. Ibarat KTM lah. Jangan tetiba naik LRT plak pakai pass tu. Jangan la beli SUICA card. Membazir je dalam konteks kedekut aku. Sistem Touch n Go sperti di Mesia. Sebab aku rasa beli one day pass ni lagi jimat. Tapi ikut orang jugak. Macam aku banyak pergi tempat-tempat. If korang jenis yang hunting satu tempat macam taman tema ke apa ke in one whole day. Suica lagi sesuai kot bagi korang.

Oh, fast line kat Tokyo belah kanan tau. Aku rasa banyak kena death stare dari penduduk Tokyo sebab tak tau rules sini. Sumimasen!


Camera Galaxy Note 3 Neo
Sampai kat Tokyo station. Cari pejabat JR sebab nak exchange pass ke JR pass. Tapi  jumpa tourist information plak. Besar bhai! Boleh sesat behari hari kat Tokyo station ni. Maknanya KL Sentral tak cukup hebat lah sebab aku tak pernah sesat kat sana. HAHAHA.


Camera Galaxy Note 3 Neo
Sebab ingatkan dah power sangat pasal jalan kat Jepang ni. Tapi akhirnya sesat gak. ASAP meeting diadakan untuk memahami geografi di Jepun.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Sesat sikit nak jumpa JR Office. Sebab lift yang dikatakan untuk ke JR Office terperosok dan sehitam arang. Puih. Anyway, berjaya gak dapat bende alah ni. Pass ni, untuk naik segala transportion dari JR Company. Termasuk lah, bus, train, shikansen (bullet train) dan juga ferry. Berbaloi untuk kami yang berjalan satu Jepun ni.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Tanya tourist information kat counter sebelah JR Office, kat JR office ada jual Tokyo subway pass tak? Amende plak tu? Aku ni... macam-macam reasearch buat sebelum gi Jepun. Pastikan perjalanan anda maximum diskaun! 

Hakak tu cakap takde.

Hampa.

Maknanya kena jalan lagi lah ni. Sebab beliau kata jual kat BIC Camera ataupun Tourist Information Centre. Dan yang terdekat adalah lebih kurang 700meter dari JR office. Jadi, alang-alang dah decide nak beli sim. Kita menuju ke BIC Camera jelah. Kami dapatkan Tokyo Subway di BIC Camera area Manurochi.

Sebenarnya, sesat gak, tersalah amik simpang. Huhu. Dugaan.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Sampai kat BIC Camera. Overwhelm kejap sebab banyak sangat gadjet-gadjet murah sikit dari Malaysia. Haha. Anyway, cari information centre pun boleh sesat. Haih. Dalam BIC Camera yang bertingkat-tingkat tu.

Tapi, dapat gak. Tokyo Subway, 72 hour ticket, 1500 yen. Rasa mahal? Anda pengguna, andalah tentukan. Siap ada chikatoku lagi tertulis kat pass tu.

Buatlah research sikit. Tak rugi pun.

Hey! Pass ni tak jual kat rakyat Jepun tau tak! Khas untuk pelancong bukan Jepun saja. Kawan Jepun kami pun sangatlah jeles sebab beliau tak pernah naik bullet train. Mahal katanya! Tapi kami dengan selambanya naik 4 kali. 4 kali!! Sebab ihsan JR Pass.

Then, member aku decide nak beli sim card kat sini. Sebenarnya kami banyak mencilok wifi free kat sini.

B-Mobile Visitor Sim. Kata kawan aku dia punyer tu unlimited data, dan boleh guna sampai 14 hari. 2500 yen ++. Then, kalau nak maintain speed, kena pakai kurang dari 1GB dalam masa 3 hari first tu. Tapi aku baru tengok website dia. Dah update. Limited 5GB plak. Haha. Tapi apa-apa pun, sim ni meyelamatkan hari kitaorang. So, dun worry about sesat-sesat dah.


Camera Galaxy Note 3 Neo
Makcik yang pakai kimono di jalan Ginza. Kat Ginza ni aku rembat seluar jean satu kat Uniqlo. Sebab bawak seluar satu jee. Haha. Memang datang Jepun nak shopping kat Uniqlo. Uniqlo Jepang murah. Betul. Takdelah murah macam durian runtuh. Tapi off macam RM40, RM30 and lain-lain. Saper yang selalu stalk Uniqlo, mesti boleh dapat beza berapa banyak murah dia.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Sejuk-sejuk pun kami rembat jer eskem.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Rembat lunch kat Family Mart.

Copyright Lula An-Nada
Nak masuk Imperial Palace. Hampa. Tutup sebab semalam depa ada off national day apa kebende ntah. Ala macam mesia la cuti ditarik ke hari isnin. Ini namanya tak buat reasearch. *Tepuk dahi berkali-kali* 

Picnic kat sini ok gak. Still near at Imperial Palace. Ramai pengunjung yang macam kami. Hampa.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Jalan kat Odaiba. Kawan cakap view sini lawa petang. Masa matahari terbenam. Trek train dia berpusing 360 darjah. I mean not in updside down but left and right. So uolls boleh tengok puas-puas bandar Odaiba. Seronok tau. Tapi kami tak dapat pun nak tengok matahari terbenam sebab awan-awan hitam menyelubungi langit. 

Double hampa untuk harini.

Tak minat Gundam. Tapi kagum la sebab walaupun sebagai simbol di Bandar Odaiba, Its well made. Saper architect dia ni? Hahaha. Kagum kuasa 10. Kan best aku dapat tengok dia gerak-gerak kepala time tu. Aduh. (Gundam ni memang boleh gerak kepala pun)


Camera Galaxy Note 3 Neo
Jalan-jalan kat Akihabara. Anime town. Banyak gila Maid cafe, manga, panchiko, AKB48 cafe, gadjet-gadjet. Bak kata orang, electric town.

Dan banyak jugak awek-awek cute yang cosplay untuk mem'promote'kan kedai maid cafe diaorang.

Satu je aku pesan. JANGAN obvious sangat tangkap gambar diaorang. Confirm dapat pandangan meluat dan dengan pandangan tu korang akan rasa sentap sampai ke usus. LOL. Aku cakap aku dah pernah kena lah. HAHAHA. 

First day in Tokyo. Well, kebanyakan sesat and hujan.


TOKYO DAY 3

Ueno Zoo, 600 yen!!! Disebabkan Zoo Negara kata nak tengok Panda bayar harga lain. Maka merajuklah beta sebab tak sanggup habiskan duit semata-mata nak tengok Panda. Kat negeri orang jugak aku dapat tengok. Hai negara tercinta. Macam ni lahh kau buat kat aku kan.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Cuaca harini baik. Walaupun matahari memancar. Tapi still sejukkk. Boleh tahan zoo ni. Ada dugong yang comel. Besar! Banyak spesies boleh tengok. Pemandangan pun nice dan boleh nikmati Autumm.

Aku takleh posing macam biasa sebab Ichigo oni-san buat aku kekok. Jangan photoboom please.

Meriah



Banyak street performance kat Ueno Park. Lepas keluar dari Ueno Zoo, sebelah Ueno Zoo je. Magician, badut dan macam-macam lagi. Maaf gambar takde. Hanya video je ada.

Ameyoko Street

Camera Galaxy Note 3 Neo
Masjid As-Salam

Hajat Fawwaz nak makan Yakiniku Panga tak kesampaian sebab kami lambat. Lambat 10 minit je dari pukul 2. Uhuk. Sobs. Kecewa dan penat. Patah balik ke Ameyoko street. Makan Karagae pun ok gak.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Khabarnya tempat Karagae yang feymes sebab artis-artis mesia pun ada datang sini. Sebelah kedai ni ada kebab halal.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Yum-Yum

Tokyo Tower nan jauh
Tengok Illumination plak. Pelik. Orang-orang Jepang suka lampu. Lalat ke apa depa ni? Kalau kat mesia ni mesti makcik-mackik mulut laser cakap membazir bil api je. Hahaha.

Kat Roppongi Hills ni
Tukar warna plak.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Bergerak ke Tokyo Dome. Tengok Illumination lagi. Sebenarnya lagi lawa dari tengok dalam gambar ni. Dan tempat ni boleh tahan luas. Ada amusement park lagi.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Tak sejuk ke?

Harini seronok gak. Makanan pun sedap. Buah strawberry dia. Manis gila! Thanks Radzee sebab teman kitaorang walaupun ko penat. Tapi aku tak appreciates ko photoboom semua video montage aku.

Aku ada satu citer pasal Radzee.
Radzee gila sebab berbasikal 90km dari rumahnya di Saitama ke Tokyo.
Orang Jepang sendiri pun cakap dia gila. Yuya (member Japanese) cakap bukan aku.
Bolehlah hang buat sebab tanah Jepun rata belaka. Its very hard to see a hill unless you lives in rural area.


TOKYO DAY 4

Plan hari ni Yoyogi park - Shibuya - Harajuku

Takleh beza jap, Jepun ke Korea ni. Haha. No offense.

Cuaca yang baik. Maka ramailah orang-orang berjogging. Ada jugak yang membawa anjing-anjing bersiar-siar. Semua comel. Geram nak sepak-sepak. Arffff.

Photoshoot.


Cuci mata puas-puas. Hirup udara Jepun puas-puas. Malaysia takde.

Keluar dari Yoyogi park, Jumpa National Yoyogi Stadium. Then... Scandal Official Shop.

Peminat fanatik SCANDAL. Bebel la kau sorang-sorang kat situ.

 Baju t-shirt scandal 1500 yen. Kalau convert tu RM120 tau tak!
Gila!

Gothic kau. 

Dari scandal shop tu, empat simpang dia tu makin lama makin membentuk Shibuya Crossing yang feymes macam biskut Famous Amos tu.

Architecture dia pun pelik-pelik

Suasana area sini pun mcam lain sikit. Lively bak orang kata.


Sampai di Shibuya Crossing. Jumpa Hachiko. Frust. Ramai sangat nak bergambar dengan beliau. Mentang-mentang dia comel.


Then masuk ke Tokyu Food Show. Ah~ Heaven. Cuaca sejuk yang membuatkan kami cepat lapar. Tapi tengok jelah. Tak berani plak nak beli. Ingredients tak dikenal pasti

Aku tak masuk pun sini. Kalau bukan sebab EXO, tak teringin pun aku tangkap gambar bangunan ni. OPPAAAAA!!! 

Kenal jalan ni?
Penat aku mengasah balik skill buat gif. Berjaya gak. Kalau hampa tak tengok dia bergerak-gerak. Maknanya tenet slow lah tu.

Sampai gak kat Harajuku. Ramai gila babeng orang kat sini. Terutamanya high schooler. Kat sini, macam-macam bende pelik ada. Terutamanya baju-baju cosplay. Tapi malangnya aku tak terserempak dengan mana cosplayer. Hmmm.

Aku ada tertarik dengan satu baju ni. Banyak laces, skirt knee lenght, ropol and some other stuff. But the prices stated yang aku boleh cukup makan 3 bulan. Ahh... lupakan hajat nak beli baju tersebut. Baru nak berangan jadi Ohime-sama (anak perempuan orang kaya).

Ceh.

Uish. Dapnya. Nak beli rasa membazir plak. Mampu tengok je.

Kami pecah duit beli makanan ni. Marion Crepe. Non-halal certificate. But the process of making these crepes not involving any haramness. Paham-paham jelah ayat aku ni. Kul 1 pagi ni. Ngantuk menaip. Oh btw, Kedai crepe paling tertua sekali kalau tak silap aku. Ada baca haritu kat website diaorang. Tapi alih-alih dok ingat review orang pasal kedai Marion Crepe ni.

Aummmmm.

Then aku bershopping sakan kat Daiso. Beli souvenir kat Daiso untuk kengkawan. Adik aku mintak Kendama. Nasib baik Daiso ada jual dengan harga 400 yen. Tempat lain jual?

Haroommmm!

Bapak mahal!

800yen - 1200 yen

Lupakan. Baik aku makan sepuas-puasnya.

Copyright to Lula An-Nada
Jalan menuju ke Omote-Sando
Then, sebab aku layankan Fawwaz pergi SCANDAL shop. Dia kena layan aku gak nak pergi kedai kopi LATTEST.

Macam kat Malaysia takde je kedai kopi.

Sorry, but i'm only drink coffee with refined art and taste.

Puih.

Tapi oklah, dari Harajuku, kami berjalan ke Omote-sando. Macam-macam kedai kami jumpa dan macam-macam bangunan pelik dan lawa. Paling pelik kontena tu lah. Kukuh gila.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Again, non-halal certificated. But yeah. You know the quirks. Coffee Japan memang umphh!

Off to Omotesando Hills untuk tengok illumination lagi.

But, takde pun sebab said illumination start nak dekat Cristhmas nanti. Huhu.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Makan kat Ayam-Ya. Ayam-Ya punyer ramen. Umphh.

Tips nak makan kat Jepun. Prepare 800yen - 1500yen dalam budget korang. Kalau mahal dari ni....emm korang makan sushi lah kot.

Bosan. Tak tau nak gi mana dah. Balik jelah. Lepak kat Gyotoku pun best gak.

Balik rumah pun heaven. Sebab Zaf (member rumah) tanya nak makan buah kaki pisang tak. Dan aku pun beria jawab nak nak nak semalam.

Buah kaki pisang dia pun sedappp.

Ke sebab aku je yang jakun sangat sebab sekarang ada kat Jepun?

Yang peliknya. Lebih kurang sekitar 1 pagi, ada gegaran kecil di sekitar Gyotoku. Yelah, Gyotoku kan dekat dengan Chiba. So, nak tak nak mesti effect gak walaupun nun jauh di Chiba. Bila Fawwaz WS aku tanya rasa tak gempa bumi. Aku macam blur 1 minit. Bila masa ada gempa bumi ni? Tengok Fatin (member rumah) tengah sedap makan lagi, Zaf (member rumah) berborak dengan aku. Maryam (member yang datang tetiba sebab dia kerja part time sebagai tour guide) tengah mandi. Hmmmmm...

Pelik macam mana aku takleh rasa tadi. Bila tanya diaorang semua. Semua rasa. Tapi. Still aku tak puas hati apsal aku tak rasa. 

Kelakar gila bila ingat balik apsal aku takleh rasa. Sampai sekarang aku musykil.


TOKYO DAY 5

Mengubat kekecewaan dengan datang balik di Imperial Palace. Harini dalam itinerary memang free and easy pun.
Camera Galaxy Note 3 Neo
Camera Galaxy Note 3 Neo
Camera Galaxy Note 3 Neo
Pakcik ni melukis salah satu rumah tradisional. Tapi aku tak ingat rumah ni saper punyer. Tengok pakcik ni buat aku sedih kat diri sendiri. Membiarkan skill seni berkarat.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Camera Galaxy Note 3 Neo

Then afterthat we going to Asakusa. Time for the real shopping. Pemandangan di sekitar Asakusa.

Bukan shopping sangat. Banyak makan je kerja dia. Dango lah, Taiyaki lah.

Kalau nak makan. Jangan makan sembil berjalan macam kita buat kat mesia or negara-negara lain. Jepun ni... anda beli makanan, makan setempat kat tepi kedai tu sampai habis. Hangpa buat la makan berjalan-jalan confirm kena maki macam aku. HAHAHA.

Well, most of them faham kita orang luar. Tak faham culture dia lagi. Sebab aku tengok, cina especially buat macam tu gak. Rent kimono or yukata then makan berjalan-jalan. Dapat stink eyes dari para-para makcik Jepun. Cuma aku jelah advance kena maki terus. Huhu. Malang.

Aku tak suka Asakusa. Yep aku decide aku tak suka. Sebab banyak sangat budak sekolah. Lebih tepat lagi elementary school.

Aku rembat magnet dan keychain untuk family-family yang order. Dan of course bagi duit. Kalau tak, takde maknanya aku nak beli. Mahal tau tak! Convert duit RM semua jadi RM 18 belaka satu.

Lunch di Sekai Cafe.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Kedai Yukata Murah
Misi aku satu je. Memburu Yukata murah. Yep Yukata. Bukan Kimono. Haroomm mahal. Website cakap dan rata-rata yang dah pernah gi Jepun. Tansuya branch kedai Kimono dan Yukata paling murah sebab baju recycle.

Tipu.

Aku pergi serupa je aku tengok mahal macam original. Kat Asakusa bersepah-sepah kedai Kimono aku pergi. Kat Asakusa ada 2 branch Tansuya dan dua-dua sama mahal. Baju je dah RM 300 - RM 500 kalau convert. Belum lagi aku beli obi (belt) dia lagi, yang harga rata 500 yen - 1000 yen which mean around RM 80. Hmmmm. Kecewa.

Tapi nasib la aku pergi Jalan Shin-Nakamise. Aku jumpa kedai TAKAHISA. Ada jual Yukata satu set. Dalam plastik yang ada hanger. Alah korang pernah tengok clothes cover kan. Haa.. macam tu lah. Then, dia ada space macam poket letak obi dah siap. Which mean korang takleh bukak lah ikatan obi tu. Bagus gak. Malas aku nak mengikat sana sini. RM 130 termasuk cukai untuk yukata + obi tu dah cukup berbaloi lah bagi aku.

Tapi pelik.

Kenapa ada poket lagi satu. Macam boleh letak selipar kayu jepun tu (aku dah lupa term dia apa).

Sebab aku pernah nampak dalam gambar kat internet. Lebih tepat lagi kat website Have Halal, Will Travel. Yang satu set macam obi siap buat ni mesti betul-betul satu set which mean kau boleh dapat dia punyer selipar.

Aku rasa macam kena scam dengan pakcik Jepun tadi.

Aku citer perihal ni kat Fawwaz. Tapi dia kata bersyukur jelah dapat Yukata murah. Dan aku rasa nak tumbuk muka beliau.

Aku still tak puas hati sampai sekarang.

Sebab kalau tak silap aku bukan orang Jepun ni memang amanah ke?

Camera Galaxy Note 3 Neo

Camera Galaxy Note 3 Neo
Tokyo SKYTREE
Sebenarnya nak cari souvenir murah-murah kat sini bak kata Zaf. Tapi tak jumpa pun. And by the time Zaf balas WS aku. Kami dah OTW balik pun.

Sebelum kami sampai kat Gyotoku, kami pergi Yanasen dulu turun dari Sendagi sta. Katanya Yanasen macam old town. Yes, memang lawa. But by the time kami sampai kedai-kedai pun banyak dah tutup (Kedai-kedai kat sini bukak sampai pukul 8 or 7 kalau tak silap aku lah). So, kami end up strolling je lah.

Dalam banyak-banyak kedai kami lalu. Ada yang jadi bahan gelak kami. Aku cakap kat Fawwaz kedai ni ada buat Belly Dance show sambil makan. Memula dia tak percaya. Tapi sebab owner kedai tu sah-sah bukan orang Jepun and every corner of this shop scream belly dance culture.

Hahaha. 

Kami pun tak tahu apa yang lawak sangat.

Balik awal ni sebab ada reason. Spend time dengan kawan-kawan baru kat Tokyo. Makan kat Hamazushi. Well, kawan baru sebab practically diaorang semua 2 tahun tua dari aku. Hahaha. Semua kawan Fawwaz belaka. Semua genius belaka. Kalau tak macam mana boleh lepas ke Jepun. Aku je stuck kat Mesia. Aku bukan tak bersyukur dengan hidup aku sekarang. Tapi aku harap aku blah dari Mesia kejap dan cari identiti diri. Boleh tak macam tu? Haha.

Macam-macam topik keluar malam tu. Gempa bumi semalam. Jalan-jalan. Makanan. Dan buat aku tersenyum je bila aku ingat balik.

Paling lawak adengan sushi tergolek dari pinggan dan dipijak oleh kaki. Ermmm.. takde rezeki kau, member.


KAWAGUCHIKO DAY 6

Bertolak awal pagi, lebih kurang pukul 7. Thanks Zaf and Fatin sebab kasi menumpang rumah. Plan asalnya takde pun nak tengok Mt.Fuji ni. Tapi sebab Radzee menghasut kami. Hahaha. Kami pun macam why not?


Camera Galaxy Note 3 Neo
Pemandangan dalam JR train, dalam train menuju ke kawaguchiko.
Apa yang pasti, kami menikmati koyo (pokok autumm) sepuas-puasnya.
Cantik.
SubhanaAllah.


Camera Galaxy Note 3 Neo
Pemandangan dari atas lepas turun kabel.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Cuaca berkabus harini. Tak nampak sangat Mt.Fuji.

Vending machine yang pelik.

Takoyaki dari vending machine. Rasa dia? Boleh lah. Dan juga bread yang wajib dimakan semasa di Jepun.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Camera Galaxy Note 3 Neo
Gambar wajib autumm.

Camera Galaxy Note 3 Neo



Menuju ke Osaka. Sangat penat. Dah naik tren pun terpaksa berdiri 1 jam sebab full. Padahal nak buat reservation  boleh je sebab free coz kami ada JR Pass. Menyesal tak buat reservation. Ahhhh.*tepuk dahi*

Jadi, bermulah episod baru di Osaka, dan menginap di rumah member baru di Osaka. Kepenatan. Berjalan hampir 1KM dari station ke rumah. Gila. Nasib baik kami orang muda. Kalau tak.

Rumah diaorang besar!

This time 3 people in one house. Satu je aku perasan. Osaka tak sesejuk Tokyo. Aku tido tak pakai heater pun.


OSAKA DAY 7
Camera Galaxy Note 3 Neo
Pergi Kaiyukan!!! Orang Jepun dia punyer ganu kuat tau. Aku dulu sebut Kai-yu-kan. Tapi sebenarnya Kai-yu-kang. Yon jadi yon-ng. Man jadi man-ng. Hahaha. Ganu sungguh.



Lompat lagi!

Geram nak gigit-gigit.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Anjing laut yang nak bermain. Yes anjing laut Kaiyukan sangat mesra alam. Dilatih macam tu atau apa. Well, at least depa nak bermain dengan manusia.

Copyright to Lula An-Nada
Camera Galaxy Note 3 Neo
Aku ingat-ingat lupa nama-nama sharks sekalian ni. Sebelum aku bagi salah fakta. Abaikan.

Again with the street performance after keluar dari Kaiyukan.

Ingat tak fast line kat Tokyo? Kalau fast line di Tokyo sebelah kanan. Osaka plak di belah kiri. Hahaha. Haritu Fawwaz yang block jalan orang. Kat Osaka, aku plak yang block jalan orang.


KYOTO DAY 8

Fushimi Inari Shrine. Banyak tori gate. Nak mendaki sampai ke puncak takes 2hour and half. Aku kira-kira.
Tapi kami daki separuh je. Sebab dah lah dari Osaka nak ke Kyoto 2 jam lamanya. Dan attraction di Kyoto semua jauh-jauh. We're in tight schedule. 

Camera Galaxy Note 3 Neo
Tak habis lagi ber'koyo'

Sepanjang jalan sebelah Inari Shrine tu. Ada street Food. Yassss!!! Roasted dango, candy apple, taiyaki (custard filling), takoyaki.
Candy apple yang paling win. Selalu meleleh air liur bila tengok budak-budak dalam anime makan. Memang sedap pun!

Bamboo Groove

Camera Galaxy Note 3 Neo
Pinjam muka. Sebab gambar aku semua kau tangkap tak lawa.

Sekitar Bamboo Groove banyak orang. Banyak yang rent Kimono. Jeles. Nak gak. Tapi memikirkan baik aku makan dari membazir bende-bende macam tu. Ye makan.

Tak kurang jugak di sekitar Bamboo Groove banyak street food. Fuh.

Jumpa geisha tengah buat photoshot dekat dengan Gion Street. Lucky!

Zaman sekarang, geisha tak nak dah jalan-jalan tepi jalan untuk pergi kerja. Diaorang lagi sanggup naik teksi dari kena harass. Kena harass dengan saper? Kitalah. Pelancong. Ini based on yang aku baca kat internet. Diaorang kena tahan, kena tarik semata-mata pelancong nak bergambar dengan diaorang. Bagi diaorang perbuatan tu sangat biadap.

Dan aku menyaksikan sendiri yang ada geisha ni berlari tahan teksi. Haha.

Bagi aku lah kan. Kenapa Jepun tak nak buat Geisha for tourist. Ya' know, i mean macam letak geisha kat jalan-jalan yang menjadi tarikan pelancong. Then bagi tourist tangkap gambar dengan depa. Macam volunteer for tourist kat Korea. Haa... buatlah macam tu. Well, geisha adalah salah satu simbol negara diaorang kot. So, why not. Kalau rasa tak nak geisha-geisha kena harass lah.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Makan kat Halal Ramen Naritaya.

Otw balik dari Naritaya, ada 3-4 buah kereta mewah. Jenis yang takde bumbung, yang bising, ekzos macam power sangat, yang muzik berdentam demtum, yang petak macam kereta-kereta lama. Yang korang selalu tengok kat movie-movie america kereta-kereta yang spring kat bawah tu. Boleh terenjut-renjut.

Aku cakap kat Fawwaz. Kan best dapat tengok dia enjut-enjut.

Sekali dia terenjut bhaiii... fuh. Terkezut jap. Ingatkan kereta budak-budak rebel yang biasa-biasa. Tapi aku perasan gak. Orang Kyoto macam kaya-kaya je belaka. Ke perasaan aku je?

P/S : Fast line kat Kyoto belah kanan. Sama macam Tokyo.

Sebenarnya, kat Jepun pun ada je orang gila,
cuak dah kami kalau gila yang jenis kacau orang ni. 


OSAKA-NARA DAY 9

Camera Galaxy Note 3 Neo
Osaka Castle

Acah je nak baling daun. Sekali tutup mata. Ceh.



Inilah yang aku maksudkan. Free service with Samurai. HAAA!!

Copyrigh to Lula An-Nada
Camera Galaxy Note 3 Neo
Makanan-makanan di sekitar Osaka Castle
Makan sambil menikmati street show yang memang bersepah dia Jepun. Lagi-lagi di tempat tarikan.

NARA! Kalau aku budak. Dah lama aku bergambar dengan beliau.

Pemandangan di sekitar bandar Nara.

Satu bandar Nara ni memang penuh dengan makhluk ni je.

Adengan yang paling takleh blah. Flyer Imperial Palace Fawwaz kena tarik dari poket bag beliau dan kena ngap dan kena telan. Panik aku.

Aku mengharapkan takde orang rakam masa aku tengah panik tarik flyer dari mulut rusa tu (ramai kot orang masa tu)(korang ni jakun apa? Ingat aku tengah buat street show?). Tapi tak berjaya. Makin ditarik makin digigit ke dalam. Rasa macam nak wachaaaaa je rusa tersebut. Bagi dia terbelahak keluar flyer tersebut. Hisshhh.

Kalau mati jangan salahkan aku.

Aku tak feed kau. Kau yang feed diri sendiri. Tapi yeah, we must be careful with our things akcelli bila kat sini.

Bila citer kat Yuya (member Japanese). Dia pun mengalami pengalaman sama macam aku. Masa trip sekolah. Dia kata buku trip dia kena makan dengan rusa. OMG! Kita geng Yuya! HAHAHA.

Copyright to Lula An-Nada
Camera Galaxy Note 3 Neo
Starbuck Jepun lagi sedap dan murah dari Malaysia. Whipped cream kat sini semua sedap. Betul-betul sedap.

Copyright to Lula An-Nada
Camera Galaxy Note 3 Neo
Balik ke Osaka. Makan kat Honolu Ramen. Gila aku ni. Hari-hari telan ramen.
Nampak tak vending machine tu? Bayar, pilih menu and dapat tiket. Tiket tu kasi kat orang yang tengah memasak. Diaorang macam self-service sikit kat sini.

Machine bayar sendiri di rata-rata pasaraya besar.

Sebenarnya after makan. Aku nak gi jalan-jalan kat namba, yang orang kata nak tengok sign Glico tu. Tapi disebabkan tempat tu 1.5 KM dari JR Namba sta. Lupakan jelah hajat tu. Maleh dah aku. Sebab hari yang aku gi Kaiyukan tu dah tengok dah sekitar area-area dia. Maka kami engok je lah bebudak b-boy bercinta dengan lantai dekat JR Namba sta.

Osaka takde apa-apa bagi aku.

Infact orang gi Osaka sebab ada ada USJ and Kaiyukan Aquarium je. Osaka sangat berbeza dengan Tokyo. Kalau Tokyo susah sikit nak jumpa sampah. But Osaka puntung rokok merata-rata, zombie mabuk pun banyak. Dan bermulalah adengan bau yang kurang enak. 


"Zombie mabuk tehuyung-hayang ni waras plak nak beli tiket train"


SAITAMA-TOCHIGI DAY 10

Bertolak dari Osaka ke Saitama dulu. Jalan kat Kawagoe. The 'little edo' that still remains in Japan. Dah cakap kat Yuya awal-awal dah kitaorang jalan situ dulu. Infact, dia pun tak pernah jalan situ. Well sebenarnya, aku baru tahu sekitar tempat tu orang panggil 'little edo', but aku pangil candy alley.

Walaupun Fukushima ada tsunami and earthquake alert semalam. Tapi... nak buat camna kami redah jela. Kesian kat Yuya sebab dia dah amik cuti dari Universiti dia dah siap-siap.

Redah je la.

Tawakal.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Hai again Fuji-san. The second fastest shinkansen, Hikari.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Walk 2 KM dari station. Yup. Kami memang gila. Present the Candy Alley.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Camera Galaxy Note 3 Neo
Gula gulung-gulung tu sedap. Kedai-kedai kat sini tutup pukul 5. kitaorang pusing satu bulatan, By the time kitaorang sampai the first check point. Banyak kedai dah tutup. Huhu. Nasib baik ada satu buka, so cepat-cepat beli gula-gula. Semua gula-gula dia ada rasa tersendiri!

Camera Galaxy Note 3 Neo

Camera Galaxy Note 3 Neo
Sunset di Kawagoe.

Then teruskan perjalanan ke Tochigi untuk betul-betul the aunthentic of tradisional Japan. Naik Shinkansen lagi. Laju gila. 30 minit je dah sampai Utsonomiya sta.

Yuya tak jumpa cari kita orang. OTL Yuya ... =,= Tapi at the end jumpa gak. Kami yang salah pintu ke, dia yang salah cari?

So head to Yuya's parents house.

Jakun sikit sebab naik kereta nihon boleh tak? Hahaha.

Jakun jugak sebab selama ni asyik pandang luar tingkap train. Sekarang kereta. Pandanglah kau puas-puas.

Biarkan Fawwaz dengan Yuya berborak dengan bahasa nihon yang 'berabuk' dia tu. Aku bukan faham semua pun.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Kotatsu!!!!

Camera Galaxy Note 3 Neo
Betul-betul rasa macam melancong ke Jepang macam ni. Hahaha.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Buah 'khaki' kering. Manis!

Mak Yuya beria beli snack, makanan halal, minuman, sudu, garfu, chopstick baru. Risau sangat kami kebulur. Walhal kami duduk 2 hari je rumah dia. Makanan macam nak makan seminggu. Huhu. 

Tour rumah dia, dia kata boleh guna sesuka hati apa-apa je. Fuh. Serius la?

Lebih kurang pukul 12 malam. Pengalaman kedua gempa bumi kami. Agak kuat. Sebab kali ni baru aku rasa bergegar. Hahaha. Tapi dia punyer gegaran tu tak cukup lagi nak membuatkan air tumpah. Only a small ripple we can see.

Takut?

Entah. Infact aku tak tau nak rasa apa. Sebab aku tanya Yuya. "ni ke gempa bumi?"

Normal ke tak aku ni? Haha. Sah-sah bergegar tu Lula oi.


GUNMA DAY 11

Harini sejuk. 5 celcius. Aku tak tangkap gambar breakfast tadi! Kalau aku ingat balik mak Yuya bagi kitaorang makan nasi, salmon goreng. Fresh tangkap semalam bak katanya. Then macam-macam, like roti, salad dan sekian-sekian. Bala. Gemuk aku macam ni.

Betullah pepatah orang kata orang jepun layan orang luar macam raja.

Cuaca nampak baik. Atas highway. Dari dalam kereta Yuya.

Unless hang ada kereta or sewa kereta. Punyer ceruk Lockheart Castle ni.

Tanda-tangan Horikita Maki. Maybe masa dia berlakon Atashinchi No Danshi.

Banyak barang-barang kaca. Emmmm... mampu tengok jelah. Aku tak minat bende alah ni.

Sejuk ya ampun.

Aaaa cantiknya.

Pic cr to Yuya
Kat Kiryu Ga Oka Amusement Park. Adik Yuya ikut sekali. Kitaorang pergi Kiryuu Ga Oka Zoo jugak. Bersebelahan je. Free plak tu.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Yuya tanya nak jumpa Aki tak? Dengan semangat aku jawab. Nak nak nak! Dapat jumpa Shiori gak. Rindu korang! 

Ashikaga Flower Park
Memang orang Jepun ni macam lalat kot. Illumination terbesar di Jepun.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Malam ni makan nabe (hotpot). Fawwaz la ni sebut pasal nak makan ichigo (strawberry) dah mak Yuya cari walaupun ichigo off season buat masa ni. Diaorang makan dengan susu pekat manis. Susu pekat manis dalam tiub.

~susu pekat manis, santan kelapa muda~

Pelik aku dengan diaorang ni. Minuman sepahit-pahitnya. Makanan macam snack-snack, manis gila. 

Again, turun kat bilik sendiri pun ada snack lagi. Matilanak. Hahaha. Apa yang penting, weather forecast cakap. Esok turun salji. Salji? Patut la kemain sejuk harini. Biar betul. Tak tipu kan? Hahahah. Gua dah excited ni! Cek weather forecast memang cakap ada salji pun turun. So esok boleh jadi 1 celcius hingga -3 celcius.

Selesanya tido dalam futon...


TOCHIGI DAY 12

Walaupun Yuya cakap belum tentu lagi turun salji. Tapi... aku tak lena tido semalam. And aku terjaga pukul 6 pagi tanpa alarm. Cayala Lula.

Terpisat-pisat aku bangun. Bukak langsir. Pending jap tengok luar.

WOI SALJI WOI!

Menjerit aku dalam hati kuat-kuat. Excited bhai.

Lupakan gosok gigi dan basuh muka. Yang penting kamera dan baju coat. Berdesup berlari keluar. Sebab aku bising sangat Yuya pun turut terjaga. Adik Yuya sekali. Ayah Yuya cakap kat aku. "Its rare snowing in November." First snow in Japan.

Walaupun artikel kat atas cakap pasal Tokyo. Huntung mana-mana pelancong kat Tokyo sekarang. 

Minta maaf Osaka dan kebawah. Member kat Osaka cakap mana salji sangat kat sana. Haha. Sejuk je lebih.

Okinawa dah macam mesia. Panas memanjang.

Camera Galaxy Note 3 Neo
2 jam lepas aku bangun.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Breakfast!

Fawwaz menggerutu tak puas hati apsal tak kejut dia awal-awal masa snow tak tebal. Ah kau. Aku siap sepak lagi. Saper suh tak nak bangun. Nasibla.

Masa breakfast ni lah experience gempa bumi kali ke-3. Tak kuat, lebih kurang sama macam gempa bumi kali ke-2. Cuma kali ni panjang sikit. Pukul 9 ke 10 rasanya ni.

Disebabkan salji dan sejuk. Semua menjadi malas. Tido boleh tak?

Camera Galaxy Note 3 Neo
Makin menebal. View dari tingkat dua rumah Yuya.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Sawah padi ayah Yuya.
Combination autumm and winter.

"acah winter sonata boleh?"

Buat snowball? Checked.
Buat snowman? Checked.
Pukul snowball dengan kayu baseball? Checked.
Pukul snowball dengan raket? Checked.
Dan yang penting perang snowball. Semua checked!!!

Main sampai lebam Lula. Malaysia takde.

Yuya cakap kalau salji tak berhenti turun around 12. Or sampai petang. Flight delay. OMG. Haha. Bagus gak!


Camera Galaxy Note 3 Neo
Around pukul 1 kami bertolak dari rumah Yuya. Bye family Yuya. Thanks or everythings. So plan asal yang kitaorang (Yuya, aku, Fawwaz, Aki, Shiori) bincang nak buat semalam backfired sebab salji makin turun mengganas.

Aku kena tipu dengan Yuya =,= 

Aku ingatkan dia hantar kami straight to train station.

Tapi aku dapat pleasant suprise. 

Aki datang!

Thanks Aki.

Also thanks to Yuya sebab menghabiskan minyak 34 liter bersamaan dekat dengan RM 200 kalau tak silap aku (gila mahal!!!!). Terima kasih sebab belanja gula-gula, makanan dan seangkatan dengannya. Datang mesia, aku bawak kau gi Sunway. Tapi itu masuk kau bayar lah. Hahaha.

Camera Galaxy Note 3 Neo
Disebabkan  salji berhenti dan salji cepat je mencair bak kata Yuya. Kul 7 karang boleh cair. That fast?! Maka takde lah adengan flight delay.

Bye Japan.

P/S : Aku tak reti la nak bagi conclusion.
P/S/S : Yen dan RM curreny hari-hari turun naik. Jangan cakap aku bagi salah info plak.

2 comments :

Anonymous said...

sis, mcamana nak ke kawaguchiko dari tokyo? naik shinkansen ke

Lula An-Nada said...

@Anonymous Nope. Naik JR train. Boleh rujuk google map dari Tokyo sta. ke Kawaguchiko sta. Ataupun Tokyo sta. ke Mt. Kachi Kachi.