Kapal Terbang Terhempas

Monday, 31 December 2012

Menuju Puncak Gunung Stong (siri ketiga ~finale~)

Assalammualaikum....

                                Ahhh... last entry for 2012. Dalam banyak-banyak tahun, tahun 2010 dan 2012 yang terbaik bagiku. LOL. I don't know why, i have sweet memory for those year and it make feel " i'm the lucky girl in this world" in that year. fufufufu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akitiviti kita pada hari ke-3 ini adalah melawat Air Terjun Telaga Tujuh. Aku tak tahu sejarah di sebalik air tejun ni. Jangan tanya aku...>_<.... but kitaorang bukan setakat melawat, malah mandi-manda sekali. Eleh... gilalah kalau dah jumpa air terjun tak nak mandi plak. Bukannya ada kat sebelah rumah.

Bertolak pada pukul 10.00 A.M. Hehehe lambat!!! Sebab kitaorang ada konflik nasi goreng tadi. LOL. Yang sorang nih nak masak cara nih, yang sorang nih nak letak perencah lain. Adoi... tah hapa-hapa ntah. Maka, jadilah 3 cara nasi goreng pada pagi itu. Nasi goreng mamak, nasi goreng ikan bilis, dan nasi goreng minyak. Ahaksss jangan marah aku, aku nampak minyak banyak sangat kat situ and of course aku tak sentuh.

Kalau dah nak naik puncak macam adventure giler bagi aku, hari ini punyer perjalanan lagi adventure. Salah langkah, boleh bawak maut. Gilos... memang adventure, paling ringan pun patah kaki/ tangan or you broke your ribcage.

Ihihihi... periuk kera. Jumpa masa dalam perjalanan. Najmi, yang nampak nih. Sebab periuk kera yang lain dah mati. Tak sangka pulak ada yang masih hidup.

My fav color, purple. Cuba tangkap gambar guna macro mood. But, i don't know why the effect is different. Cat catch your hand deer? Huh? Peribahasa apa nih? Hihihi... sedap ajer tukar peribahasa.

Ehem, yay!!! Kita dah sampai, uhuk uhuk. Pelik tengok aku? LOL. Kalau aku pergi kanan aku tuh sikit lagi, tenggelam dah aku. Perasaan aku pada masa itu.... SERONOK! Agagaga, bukan selalu jumpa air terjun. Wuwuwuwu rasa nak menangis sebab dah lama mengidam nak mandi air terjun. Last aku mandi pun tahun lepas, hohohoho... selalunya mandi air kolam ajer, tiap-tiap bulan aku terjun air kolam, nak cari natural punyer kolam pulak.

Main kat tempat lain plak. Kat tempat tadi tuh tak dalam. Tak besh, sesuai untuk umur 8-10 tahun jerh di situ. Kat bawah tuh baru dalam betul. Tenggelam terus, and aku baru tahu ramai jugak kawan lelaki aku tak reti berenang. Wow~ seriously? Korang bukan LELAKI ker? Patutnya reti berenang. LOL. RM 20.00 sebagai cagaran kalau korang tak nak aku bagitahu satu fakulti. Agagaga kejam aku. 

Perkara paling kelakar masa mandi kat tempat nih pabila Aizuwan (ingat dia nih? The Troller) tolak Saief kat tempat dalam. Masa tuh semua orang terpegun, lol Saief lah antara orang tak reti berenang tuh. Aizuwan dah terguling- guling gelak (dia nih memang foreber and eber the troller lah), Fathi (daun pandan) plak blur, dia tak tahu nak selamatkan si Saief nih ker tidak, dia ingatkan si Saief nih main-main. Saief nih pulak lemas, tapi cara dia tuh TAK menunjukkan dia lemas. Agagaga, mengong punyer Saief. Sebab tuh orang ingat dia main-main. Ada ker dok diam macam tuh. Sengal..

Turun plak, main kat tempat lain. Memang curam. Nak turun tuh kena duduk, dan cara nak turun kena berzig-zag. Aku try turun straight... and.... MAK!!! Macam nak jatuh terus kebawah. Ish, seram giler. Jadi, INGAT, nak turun kena zig-zag punyer cara. Terima kasih kepada Fathi sebab tangkap gambar nih. Sampai meniarap hang tangkap gambar nih. hahaha...

Boleh plak the troller bergambar bersama dengan the lemas nih? Ahahahaha... pakcik lemas tuh tobat dah taknak main kat tempat dalam. Agagaga... Yup kita dah sampai, tempat paling lawa punyer nak amik gambo, nak main air terjun. Kitaorang boleh lepak belakang air terjun nih sebab ada space between them, dan nikmatilah  pemandangan indah air terjun itu tanpa disimbahi air. Bukan macam mamat 2 ekor dalam gambar ini.

Masuk lobang!!! Agagaga, lobang air nih takder penghujungnya. Takder dasar pown. Macam mana gua dapat naik ke tebing pown gua tak reti jelaskan. Pffft... budak engineering... mana arif sangat pasal sains nih. Yang aku dapat kaitkan ialah ia ada kaitan dengan air terjun kat belakang aku tuh.

Ngeee.... packik lemas buat apa tuh? Aksi tak diiktiraf betul. Rosak gambar. Nasib baik budak kecik sebelah aku tuh buat muka comel.

Perlu ker aku tunjuk gambar kuntilanak aku nih? Pffftt... getah rambut waa hanyut... nasib baik bawak getah spare... hampeh tul. LOL. 

Hmphh.... muka ceria... agagaga lepas nih acara kemucak kita! Terjun dari puncak berketinggian lebih kurang 23 kaki. Takderlah tinggi mana pown. Serius nih, terjun dari puncak.

Ihihihi, nampaknya ada dah orang ketar lutut nih. Nampak tuh, naik pakai tali jerh. Yang profesional, takyah naik pakai tali.

Oke... weeeee iollss pun nak cuba jugak terjun nih. Takder masalah bagiku sebab tak takut tinggi, tak rasa gayat pown. Yang ada rasa tak sabar nak terjun nih. Dahlah jadi orang kedua last. #sadlifue. Orang kiri dan kanan dah ketar lutut. Agagaga!!!!

Oh yeah, daun pandan sempat berposing nampak? Gagah betul kamu menarik pak cik heavy metal tuh? Ahaksss...

Okeyh... TERJUN!!!!! Okeyh SERONOK giler!!! Rasa nak buat berkali-kali. Hahaha tipu uolls... bukan terjun, slide ajer. Macam naik gelongsor. Tapi yang ini, pada ketinggian yang ekstrem. Kepada yang sakit jantung tuh, sila jangan mengada-gada nak coba. Kepada yang takut hilang bontot tuh, jangan mengada nak coba gak. Ehehehe, jangan risau dijamin selamat buat slide nih. Buktinya, sebab aku hidup lagi sekarang nih. 

Maka, habislah ekspidisiku 3 hari 2 malam di Dabong, Baha Camp, Gunung Stong. Harap-harap boleh pergi sini lagi. Nak buat slide lagi!!! Nak mandi air terjun. Wuwuwuw... sedih aku nak tinggalkan tempat nih. Banyak sweet memory yang hampeh telah kukumpulkan di sini.

Patutlah mahal bebenor sijil dia.... cantik rupanya... ihihihi, tak menyesal pergi. Lepas tengok sijil nih, segala penat kat badan macam... woooshh.. hilang.. agagaga happy giler. *fake cry* Lepas nih ada dah perancangan nak pergi G.Tahan. Heh...

P/S = Pergi menyesal. Tak pergi, lagi menyesal!!!



Thursday, 27 December 2012

Menuju Puncak Gunung Stong (siri kedua)

Assalammualaikum...

Pukul 6.00 pagi, hoh awalnya. Padahal takder function pun bangun awal-awal nih sebab nak bertolak ke puncak nih pukul 9.00 karang. Tapi bagi kitaorang, tidak mungkin kitaorang akan terlepas menghayati matahari terbit buat pertama kali (bagi aku) di gunung. Lagi cantik jika tengok matahari terbit di gunung kan? Kitaorang tengok sunset nih kat Baha Camp point view.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sangat menenangkan daku pada masa itu. Segalanya terasa nyaman pada masa itu. Tidak mengingatkan pada homework, belajar, kerja dan segalanya. Bagaikan satu terapi angin di Gunung Stong ini telah mengangkat beban di kepalaku yang telah kupikulkan selama berbulan-bulan lamanya.

Eh Lula kau nak tulis karangan kew? Ayat hamboih.... dewan bahasa dan pustaka nyah! Thehehehe, ceh... dengan kata singkatnya korang rasa aman damai lah kat sini. Huhuhu... seronok tau rasa angin kat sini. Tak sama angin kat bandar tuh. Carbon dioxide jerh banyak.

Err... afdal lah nyah rambut aku macam tuh. Duduk dalam hutan. Saper nak sikat rambut? Aku pun malas nak sikat. Harharharhar.... erk nampak awan a.k.a gabus kat sebelaha aku tuh? Perasaan aku masa tuh, rasa macam nak lompat duduk atas awan jerh. Tapi ikut akal waras fikiran aku nih, aku lompat kang jatuh, mati. hui.... jellly lah...

Merenung jauh di situ tengah fikir nak jadi Doraemon jap nak amik alat Pembeku Awan dari poket 4 dimensi. Urgghhhh puhlis.... rasa macam nak lari jugak menuju ke arah matahari terbit... ngeee. Nampak gebu-gebu, besar-besar, gemok-gemok jerh awan tuh teringat pulak kat gula-gula kapas. Ngeeee... boleh plak teringat gula kapas masa kat tengah hutan nih.


Gambar ini ditangkap lepas aku membalun 2 pinggan nasi lemak. Yup menu pada pagi itu. Ngeh, memang makan mewah nampak? Nak bawak bahan pun asdfghjkl lah Hehehehe, saper lah potong bawang dan timun tuh. Memang air tanganku sentiasa yang terbaik. Hek eleh, padahal potong jerh.

Cerita yang paling tidak kulupakan masa nak masak nasi lemak tuh....

AKU = *Tengah potong bawang*
FATHI = *Datang kat sebelah aku, lepas tuh tanya Cikgu Naza* " Cikgu ini ker daun pandan?"
C.NAZA = *amik daun yang dikatakan pandan tuh, belek*"Awak nih biar betul Fathi. Ini bukan   daun pandan. Ini daun pandan hutan. Tak bau pandan pun. Ini pandan hutan lah" *baling pandan kat tanah.*
FATHI =  "Aik? Aizuwan yang cakap yang ini daun pandan" . Saya pun amik lah *muka tak puas hati*
AIZUWAN = Aku sajerh jer troll kau. Ingatkan kau tahu mana satu pandan. Padahal pokok pandan tuh sebelah jer kat pandan hutan tuh tadi.
FATHI = "Aku ingatkan kaulah kawan dunia dan akhirat aku. Rupanya kau permainkan aku!!!!" *hempas kaki kat tanah. Bawak diri kat tepi sungai. Merajuk*
AKU = *Gelak terguling baling pisau kat tanah, pegang perut*.

Maka aku dan para jemaah yang lain mengelakkan Fathi dengan super kaw-kaw kapal api. Fathi,Fathi, macam-macam la ko ni.

Antara pemandangan di Gunung Stong. Sekarang nih jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Kitaorang berhenti sekejap kat tepi sungai. Agagaga.. suka duduk kat sini. Tenang, hahaha tapi penat!!!! Nak naik tuh penat!!! Orang takder stamina macam aku nih, terasa penatnya.

Mandi!!! Eh... hahaha... kawan aku cakap pemandangan dia macam kat jepun. LOL.. tang mana dia fikir ada iras jepun tuh pun tak tau lah. Tapi bila aku nengok balik gambar-gambar aku masa kat Gunung Stong nih. Memang macam ada view jepun sikit. Woooott teruja tak korang? Nak tahu memang kena pergi sendiri. View kat sini memang macam ada ala-ala tempat rumah zaman dolu-dolu orang jepun dulu. Huhuhu...

Heiii!!! Nampak bongkok plak aku dalam gambar nih. Para jemaah yang lain telah sibuk buat pesta air aku sibuk posing dulu.

Jangan tanya ini spesis apa. Aku nampak benda yang pelik-pelik sikit cepat jerh aku tangkap gambar. Hewhewhew. Oh lupa plak nak citer, perjalana kepuncak mengambil masa 5 JAM. Again pecah rekod semalam. Hamik kau. Lebih kurang 32 KM aku berjalan... err lebih tepat mendaki ke puncak.

Uweeeee... tupai jinak di Puncak Gunung Stong!!!! Adalah lebih kurang 7-8 ekor datang mintak makanan. Jinak giler!!! Agagaga first time dapat tayangan zoo percuma. But, sekarang lagi best dari zoo!! Dapat pegang lagi!!! Kalau kat zoo dapat tengok dekat-dekat, kat sini dapat PEGANG, SENTUH, peluk jer tak boleh. Nanti dia lari.


Skang nih eden nak bergambar dengan bukti bahawa eden dah berjaya menawan G.Stong ini. Hihihihi... nampak di situ muka BANGGA. Puji diri sendiri.

Hik! Bergambar secara berjemaah pulak. Tak payah describe pun dah tahu. Muka semua dok happy jerh memanjang. Agagaga... sweet memory di sini walaupun penat macam putus nyawa.

Nih nak citer pasal turun gunung plak. Kalau turun pulak mengambil masa separuh jam. Maksudnya, kalau 5 JAM kau mendaki, maka 2.30 JAM sahaja masa yang diperuntukkan untuk turun. Aku siap berlari lagi masa turun tuh. Saper tak suka turun gunung kan?

Menu makan malam kedua plak! Daging salai masak lemak cili api bersama air asam pedas kebaboom yang membuatkan korang drolling depan lappy nih. Untuk side dished plak, cucur ikan bilis Adabi yang telah di masak oleh AKU. Minuman plak Ice Lemon Sizzling yang telah dibuat oleh 3 sekawan iaitu Aizuwan (the troll), Najmi , Aku. Huik? Macam mana dapat air batu plak tengah-tengah hutan nih? Haaa... inilah istimewanya air sungai sini. Sejuk macam ala-ala air batu. LOL. Air batu semula jadi.. ngeh ngeh ngeh.

Maka, tamatlah aktiviti  hari kedua kitaorang di sini. Malam kedua takder firecamp, sebab masing-masing penat and kayu api basah sebab hujan petang tadi.

P/S = Nantikan siri finale.


Sunday, 23 December 2012

Menuju Puncak Gunung Stong, Kelantan. (siri pertama)

Assalammualaikum....

                          Seperti yang korang tahu aku telah mendaki G.Stong, Kelantan seminggu yang lepas untuk 3 hari 2 malam. Best ker? Well bagi aku best, bagi korang tak tau lah pulak. Sebab I LOVE CHALLENGING!!! Tak lengkap hari-hariku tanpa cabaran yang menyesakkan kepala otak atau memenatkan kaki dan tanganku ini.

                              Gunung Stong setinggi 4,664 kaki telah berjaya ku tawan!!!! Horeeyyy!!! Harharharhar... ceh padahal takderlah tinggi mana gunung tuh.


~ Inilah barisan kita...
bersedia untuk berjuang~ 

Agagagaga... macam hampeh jerh gambar aku masa nak pergi takder. So, letaklah gambar orang lain. Eh, bagi korang yang malas nak google tuh macam mana rupa safety belt hiking bag tuh itu rupa dia. Nampak kan? Safety belt for waist and chest. Muka semua bajet hensem. Menyampah aku... gambar korang lagi banyak dari tuan kamera. Puih...

Sebelum pergi kena dengar taklimat yang diberi oleh guide kitaorang. Macam biasa lah tak boleh buang sampah merata, jangan terpisah dari kumpulan, jangan buat benda-benda pelik, bla bla bla... panjang betul guide nih membebel sampai muka aku pun jadi bosan dan mindaku telah terbang di tempat lain. You can see my face in the picture. Yup aku rasa aku sorang jerh yang verangan, orang lain concentrate giler. LOL muka korang macam nak masuk exam PMR jerh.

Bertolak!!!! Ewah nampak jerh tangga masa mula-mula nih. Lepas nih kang jumpa larh akar pokok, batu licin, anak sungai and so on. Memang penat macam nak mati. Tapi aku rilek jerh. Partner aku lah yang paling tak aci. Beg dia bukan dia yang bawak. Pak cik Embong (contestant) yang bawak! Ceh, itu sungguh tidak adil! Aku penat-penat bawak khemah apa semua tuh dia boleh lenggang jerh... rasa nak baling selipar jerh kat partner aku pada masa itu. Hahahaha

Taraapapapa...... berhenti sebentar di sungai. Korang pernah minum air sungai tak? Mungkin sesetengah korang pernah minum air sungai ataupun memang tak nak!!! Jijik weyh!! Hahahaha aku pun macam tuh dulu. But.... SERIOUSLY!!! Air sungai kat sini tak rasa macam air paip pun. Partner aku punyerlah tak percaya tanya aku "boleh minum ker air sungai nih? *muka tak percaya*" Aku just cakap, "kau try jer minum, takdernya nak cirit birit nanti". Partner aku pun  cubalah and dia cakap "serius sejuk air sungai nih and sedap". 

Hah! Ini baru aku!!! Hehehehe... aku suka pemandangan kat belakang tuh. Sambung balik pasal air sungai tuh. Sebelum korang tanya aku ada side effect apa-apa ker lepas minum air sungai tuh baik aku cakap dulu. Air sungai nih sumber dia asli. Turunnya hujan ke bumi dari tanah masuk ker sungai, dari akar kayu dan pelbagai spesies pokok. So... air sungai nih herba kepada kita. Tak dinafikan aku nak cakap air dia ada rasa manis-manis sikit. Ceh, tak percaya? Pergi sendiri nanti yerh kalian.

Cakap pasal Pak Embong tadi. Itu dia, yang ada teropong tergantung kat leher tuh. Aku dah cakap diaorang nih camera maniac. Lebih dari tuan kamera. Pandai jerh korang posing yer. Ahah! Lupa nak cakap ada budak umur 11 tahun dan 9 tahun ikut join mendaki nih. Perghhh!!! Aku nak cakap satu jerh. Bebudak kecik nih tak penat ker? Dari awal naik gunung sampai akhir energy macam 100% fully charge gilerh betul. Aku yang besar nih pun semput. (Mengaku jelah ko dah tua) hahaha.

Mulakan kembali perjalanan. Ngee.... curam, curam, sebab tuh terbongkok-bongkok semua. Kitaorang bukan berhenti sekali jerh. Adalah dalam 3 kali kitaorang berhenti rehat sepanjang 3 jam perjalanan untuk ke Baha Camp. Thats mean, perjalanan ke Baha Camp ini adalah 20 KM jauhnya!! LOL percaya atau tak, aku telah pecahkan rekod aku berjalan KAKI sejauh itu.

Dan lawak tak bleh blah masa sepanjang perjalanan kitaorang tuh....

"Angkat sauh~....."

Memula aku dengan partner aku pun tak faham, apa plak kaitan angkat sauh dengan setiap kali kitaorang nak bertolak lepas berehat sebentar. Ceh, lepas kali ke-3 berhenti baru aku faham maksud angkat sauh tuh. Maknanya angkat lah beg korang yang besar gabak macam sauh beratnya, nak sambung jalan nih. Hoihoihoi... sengal tul pakcik-pakcik nih.

Yaaaaaaa~~~... at last! Sampai jugak ke Baha Camp pada pukul 5.00 P.M. Sedut udara segar puas-puas. Asyik sedut asap kereta jerh dok bandar tuh. Jumpa bangunan semula jadi plak. Agagaga.... macam tak nak balik rumah feel aku masa tuh. Segar.... sejuk... nyaman lagi udara kat sini. Better dari aircond kat rumah aku.

Aksi yang tidak diiktirafkan, pssst... mat salleh kat belakang aku tu pun buat muka pelik. Eh... tapi hencem gak mat salleh tuh. Heyheyhey.... aku ingatkan duduk bandar jer dapat cuci mata. Rupanya masuk hutan pun dapat cuci mata gak. Hahahaha.... untung untung...

Petang tadi dah penat pasang khemah, buat ampaian (padahal bukan aku yang buat), masak (lol, aku masak nasi jer), mandi (mandi pun penat? Ceh...)... so sekarang, makan time!!! Menu kita pada malam pertama ialah BBQ AYAM! Wau!! Mewah nyah menu makan aku, masuk hutan pun makan sedap-sedap. Tapi...... nak membawanya tuh lah macam asdfghjkl... tak dapat digambarkan dengan kata-kata beratnya.

 Gambar penuh dengan water drop. Ia bukan hujan, tapi terjadinya fenomena kepala air berdekatan tempat bersinggah kami. KEPALA AIR? Macam pelik jer bunyinya kan? Kepala air nih terjadi disebabkan apabila 'span' (tanah) yang menyerap air di sungai tuh tak dapat menampung air yang telah terserap tuh... hahaha aku nak jelaskan pun tak reti sangat. Kang aku tulis-tulis kat sini bercanggah dengan fakta pulak.

But, kepala air nih bahaya wohh... kitaorang semua tak berani nak turun ke sungai. Silap hari bulan boleh maut dek arus yang mega laju tuh. 

Kitaorang buat campfire, borak-borak, main teka-teki, bakar sosej gunung ranting kayu. Paling penting sekali kitaorang dapat kenal satu sama lain. Ewah, macam majlis suai kenal plak. Ceh.... dan part paling penting, pada pukul 1 pagi kitaorang tengok awan berkumpul di point view Baha Camp. Sangat menabjubkan! Tidak ketinggalan para bintang di langit, nampak terang, dekat, besar kat gunung nih walaupun belum sampai puncak... awwww... lawa sangat!!!

Selalunya... kalau kat rumah aku tidur bertemankan lagu EXO-K - ANGEL PIANO VER. My favourite lullaby... tapi kali nih bertemankan dengan bunyi air terjun.... uishhh nyaman... nasib baik tak meraung nak lagu lullaby tuh.. hahahaha

Inilah kepala air tuh... bahaya kan? Aku tak dapat tangkap gambar sebab gelap sangat. Cilok gambar pakcik google jerh.

P/S = Nantikan siri seterusnya....



Friday, 21 December 2012

Bersedia Menerima Cabaran (Back to Nature)

Assalammualaikum....

                             Well guys, macam mana cuti? Seronok? Cuti aku dah nak habis nih... yeay... malas betul lah nak sambung kehidupan yang bosan tuh, buat homework, jumpa lecture bla bla and so on.
                             Rasanya dalam banyak-banyak cuti aku nih cuti kali nih lah paling best. LOL, best bagi aku sebab aku tak bosan dan hari-hari aku sibuk even sibuk untuk benda yang kecil pun. And for my last activity in this holiday is i'm go for HIKING!!!.... yup hiking. Seumur hidup aku tak pernah nak pergi hiking uoolllss... hohohoho pity meh sebab takder orang nak bawak.

                             Dan macam mana aku boleh terjoin pergi hiking nih adalah i'm the last contestant coz my friend told me a few of student tak jadi pergi sebab their parents tak kasi pergi... lolss.. plus, coz i'm the last contestant i need to find my partner in 3 DAYS!!!! hoh gila tak gila... yup i know pergi hiking nih kena stamina kuat bla bla bla.... meh? Only jog for 6 times in 3 days and in my holiday i not doing any of outdoor activity because i'm to lazy to get up my butt. Puih.... tipycal meh... So, dengan kesabarangan, ketabahangan... dengan penat aku mencari partner aku...

Lupakan citer tuh, skang nih aku nak memperkenalkan barang-barang yang aku bawak sepanjang 3 HARI 2 MALAM nak mendaki Gunung Stong, Kelantan nih. Beg waterproof for hiking, ada security belt for waist and chest. Korang google sendiri kalau tak dapat gambaran beg for hiking tuh macam mana. Ini pun bukan beg aku. Beg pinjam saja... remember, i'm the last contestant. Cari barang pun terburu-buru.

Kasut getah only for RM 8.00. Very cheap huh? Alah... masuk hutan jerh uoolllss... bukan nak pergi Mid Valley pun. Seriouly, kasut nih sangat-sangat berguna masa hiking. Tak percaya? Sila lalui sendiri. Stoking bola? Hutan beb... ada pacat, cu citer kat aku hutan mana yang takder pacat?

Head Lamp = RM 25.OO
Raincoat = RM 8.OO
Gloves = RM 1.50

Khemah dari supermarket Giant. Eheh... aku lupa harga dia, almaklumlah khemah 6 tahun lepas. Huhuhuhu... i lap you khemah kerana telah berbakti kepadaku selama 6 tahun. And guess what, after we packing our thing to head home, sundenlly tiang khemah tuh patah seribu... and my reaction towards my tent like... OMAIGAD!!! DID MY TENT BROKE UP?!!! OHOHOHO... Then, slowly i recalm myself "beb, that tent had been couple with you for SIX YEARS, its normal that every life will face to die" cheh.....

Sleping bag from GIANT TOOO!!! Only RM 45.OO.  Hohohoh baru beli this year tak ingat bulan berapa lol... Percayalah, barang-barang macam nih murah kat Giant.




Thursday, 29 November 2012

Syurga Beli Belah di Malaysia.

Assalammualaikum....

                                 Yo wassup guys....cheesy tak tajuk aku? Ni nak citer pasal tempat shopping yang best-best kat seluruh Malaysia dan yang penting ia BEBAS CUKAI ataupun DUTY FREE. Ya, i know korang semua tak boleh dengar perkataan shopping dan bebas cukai. Maka broke lah bapak-bapak korang dan suami-suami korang.

                                 Biasalah lumrah perempuan, suka berhias dan suka benda yang cantik-cantik, cute-cute, semualah... hahahaha. So, sebelum korang nak pergi tempat-tempat yang aku cadangkan nih. Bawak DUIT banyak-banyak. Semua tempat nih aku pernah pergi, masa kecil-kecil dulu dan sampai sekarang aku still ingat lagi. Dah nama pun masa kecik, kamera pun pakai Kodak lagi. Jadi, aku curi gambar orang jerlah. Maaf yer kepada tuan punyer gambar... hahahaha.


The Zon Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Kat sini menawarkan harga yang murah kepada minyak wangi berjenama seperti Dunhill, Calvin Klein, Hugo Boss dan sebagainya. And one more thing, bagi peminat coklat korang boleh serbu coklat yang pelbagai jenis, rasa dan jenama kat sini tanpa cukai.

Bazar Warisan, Terengganu.


Bagi peminat batik sutera, songket, cenderamata dan banyak lagi. Kat sini BUKAN BEBAS CUKAI. Tapi, korang boleh TAWAR-MENAWAR kat sini. Pastikan korang bermulut manis dan pandai bodek-bodek eh... Pada hari Sabtu dan Ahad pula akan diadakan pertunjukkan kebudayaan di ruang bawah bazar seperti nyayian dan tarian tradisional Terengganu serta demonstrasi membuat wau kepada korang-korang yang tak tau macam mana nak buat wau. Best kan?

Medan Samudera, Melaka.


Menjual pelbagai kraf tangan, cenderahati dan makanan ringan dengan harga murah. Sini pun BUKAN BEBAS CUKAI. Tapi, korang boleh dapat barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan.

Rantau panjang, Kelantan.


Its like heaven! Itu yang aku boleh gambarkan tentang tempat nih. Kat sini kalau korang rasa nak bergaya macam primadona, nak beli beg, baju dan apa-apa lagi. Kat sini MURAH GILER dan ia BEBAS CUKAI!!! Barang-barang kat sini banyak tiruan, kalau korang rasa tak boleh beli Peplum Dress dari Zalora, kat sini ada! Sebijik sejibil, kalau Zalora jual skirt Maxi RM 80 kat sini pulak RM 20. Besh tak? Bhahahaha kalau korang sayang duit korang dan teringin sangat nak pakai outfits dari Zalora. Di sinilah tempatnya, untuk menjimatkan duit korang tapi tiruan. Urghhh who care? Janji korang tak bogel kan?

P/S = Aku pun ada beli. Aku sayang, cintakan duit aku. Jadi beli kat sini jer...

Padang Besar, Perlis.


Ini pun sama macam kat atas tuh. Kembar jer Padang besar dengan Rantau Panjang nih.
So, dengan senang hatinya aku cakap kat sini pun BEBAS CUKAI!!!

Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah.


Jangan perasan korang perlu pergi Filipina pulak. Nama tempat jer macam tuh. So, bagi korang yang suka bling-bling, shiny thing and unique. Bolehlah pergi kat sini. Macam lagu Yuna, "Jika engkau minta intan permata boleh kubeli di Pasar Filipina". Yup, kat sini jual  mutiara wooo... ORIGINAL lagi. Grab the chance guys kalau korang berkesempatan pergi kat sini. Dan tidak lupa juga barang kraftangan yang unik.

Saper suka makan? Aku pun suka makan... kat pasar filipina nih macam-macam makanan bergoreng yang dijual. Fresh lagi!!! Maklumlah tepi laut beb... alamak kecur air liur aku cerita kat korang nih.

TIPS HANGAT KALAU NAK TAHU MUTIARA ORI ATAU TIDAK.

  1. Mutiara ori takde bentuk yang sama. Maksudnya dalam satu kalung mutiara tuh mesti ada bentuk lonjong, petak sikit, bujur dan macam-macam lagi bentuk yang pelik. Kalau korang tengok dalam satu kalung tuh bentuk sama/sepesen jer maknanya tak ori lah tuh.
  2. Suruh pekerja kedai tuh kikis sikit mutiara itu. Yup, KIKIS. Kalau mutiara ORI, bila kita kikis, kilauan kedua sama dengan kilauan pertama, maknanya yang itu mutiara ORI. Kalau TAK ORI, bila kita kikis, kilauan kedua tak sama dengan kilauan pertama. Macam pudar/buruk sikit kilauan kedua tuh. Hah yang itu memang sah-sah TAK ORI!


Miri Handicraft Centre, Sarawak.


Sini, memang popular dengan kraftangan. Korang boleh tengok kraftangan yang pelik-pelik dan unik. Pada hujung minggu pula diadakan pertunjukkan kebudayaan khas buat para pelancong.

P/S = Pic credit to google