Kapal Terbang Terhempas

Sunday, 28 October 2012

Cameron Highland, Pahang.

Assalammualaikum...

                               As promised, aku nak citer serba sikit pasal Cameron Highland nih. Walaupun dah banyak kali aku pergi. Tapi Cameron Highland nih adalah tempat yang paling best aku rasa. Why? Sebab cuaca dia kat sana coolll, tempting, refreshing....uuuu...But now, Cameron Higland dah tak sesejuk dulu. Kalau dulu boleh berangan macam ada kat London. Skang nih hampeh, kesejukan Cameron Highland tak menusuk sampai ke tulang hitam aku pun chewaahh.

                         


Bunga is everywhere....  posing bersama bunga raya pink yang besar gabak. Bukan kat satu tempat jer ada bunga. Banyak.... kat sini murah kalau nak beli bunga fresh yang tengah berputik. Dalam RM 30-RM 25 gitu... tengok saiz pokok lah besar mana.


Cactus is everywhere... kaktus kat sini pun murah. Kalau yang bekas kecik tuh 3 jenis RM 5 baru. Tapi kalau korang pandai bodek RM 10 boleh dapat 7 jenis. Macam aku... satu sedekah kat adik aku. The rest aku bolot sorang-sorang. Huahuahua.... kaktus nih sesuai untuk orang pemalas. Siram seminggu sekali je beb. Kalau bulan Januari-May korang siram sebulan sekali jer. Jun-November baru seminggu sekali. Disember plak masa dia berbunga... so masa tuh 2 kali seminggu. Terlebih air akan mati, kurang air pun akan mati jugak. Tapi ikut jenis kaktus larh... lain jenis, lain caranya...




Teh dari ladang.... huhuhu... kat Cameron nih, ada 3 jer tempat boleh tengok ladang teh. Antaranya  kedai Teh Bharat. Sini favourite spot aku nak lepak-lepak sambil cuci mata. Maybe kat sini jarang orang lalu and nak pergi sini macam jauh terpencil sikit. Kalau yang lagi 2 kedai tuh, uhhh toksah cerita ler... penuh dengan pengunjung.


Ni nursery kat Brinchang. Suka tengok-tengok bunga nih. Aku nak bela bunga? Esok dah mati... huhuhu sedih aku. Kata orang tangan aku nih panas... urghh whatever. Bukan sebab tu kowt... kebiasaannya pokok bunga aku nih mati sebab aku tak siram jer... hehehehe. Seminggu kali baru siram...hihihi... 



 Model mana lak sakan posing nih? Huahuahuahua.... Salah satu kedai di Brinchang. Kat sini feymes tau. Tepi jalan jer, boleh terus parking dan jalan kaki yang tak sampai sepuluh langkah.


Jangan terkezut, kat sini memang diaorang komersialkan habis-habisan item strawberry nih. Bantal peluk larh, patung larh, and so on. Tapi satu jer aku nak cakap. Kalau benda fluffy yang tak hidup nih, mahal sikit kat sini.



Choco strawberry!!! 2 batang RM 5. Tapi disebabkan aku pandai bodeks dapatlarh 3 batang RM 5. Hihihihi... puas aku makan! Akcelli... aku tak puas makan lagi... sampai kat rumah terasa-rasa plak kenikmatan choc strawberry nih... hish. Takperh, rumah aku dengan Cameron Highland nih dekat jerh. Tak sampai 2 jam pun. Nanti kita vrommm vromm larh.



Nak beli kubis kutip sendiri. Tak dinafikan sayur-sayuran dia murah tahap gaban. Kalau boleh tuh nak bawak balik satu ladang. Itu, contoh kat atas tuh, fresh dari ladang lagi.


Di kampung Taman Sedia, Kat kampung nih ada ladang agro. Korang boleh tengok macam mana strawberry tuh ditanam, dibaja, dan disusun dan bla bla.... But, the best part is.....


Homemade ice cream strawberry!!!! Yummy, delicious, tempting.... Harga RM 2 satu bekas. Dilimpahi dengan sos stawberry, ice cream yang diadun sempurna... urghhh... aku plak yang drolling depan lappy nih. Boleh didapati di KG, Taman Sedia.


 At Lata Iskandar waterfall. Ini on the way nak ke Tapah. Kat sini sejuk sangat-sangat, air sungai nih macam air batu! Ada gak pelancong yang mandi-manda kat sini. But, boleh kira dengan jari larh. Aku tak mandi sebab tak bawak baju lebih. Ingatkan tak boleh mandi kat sini.



And souvenir for me, patung Voodo. Eh gurau jer. Ini patung gandum, kalau kita siram dia. After few days nanti akan tumbuh rambut. huhuhuhu.... tumbuh rumput lar... makcik kedai tuh cakap  kalau kita biar kering boleh tahan sampai 3 tahun. Kalau dah siram tuh, tahan sampai 8 bulan. And then mati larh pokok dia after 8 months tuh. Aku punyer yang kura-kura tuh. Satu lagi aku nak jual balik. 1 for RM 6. But 2 for RM 10.


-------------------------------------------------------------------



Meets Tiara!!! My new cat.


Monday, 1 October 2012

How to Convert Rupiah to Malaysia (Money).

Assalammualaikum....

                           Hi you all... ada orang tanya macam mana nak convert duit Rupiah kepada Malaysia nih. Padahal ada jer aku post sebelum nih masa aku bercuti kat Bandung haritu. Tapi, mamat tuh cakap mals nak bukak sebab tuh post lama. Pemalas betul, nasib baik aku rajin hari nih. So, bolehlah aku layan perangai  pemalas kau tuh. Here we are the tutorial, How to Convert Rupiah Money to Malaysia Money with Tips and Precaution. Ha... punyer lah panjang tapi takper... aku paste and copy jer



Pengenalan dan pertukaran mata wang.


1.  Harga 1,000,000 rupiah ( satu juta rupiah )
     1,000,000/2850 = RM 350.00

2.  Harga 500,000 rupiah ( lima ratus  ribu rupiah )
     500,000/2850 = RM 175.00

3.  Harga 100,000 rupiah ( satu ratus ribu rupiah )
     100,000/2850 = RM 35.00

4.  Harga 50,000 rupiah ( lima puluh ribu rupiah )
     50,000/2850 = RM 17.00

5.  Harga 3,000 rupiah ( tiga ribu rupiah )
     3,000/2850 = RM 1.00

6.  Harga 1,000 rupiah ( seribu rupiah )
     1,000/2850 = RM 0.33

Selain 2850.  Korang boleh bahagi dengan 2985. Tapi biasanya 2850 tu lebih tepat. 2985 tu angka beerti jer hasilnya nanti. Apa angka beerti tu? Angka beerti tu harga yang samar-samar, kira macam nak dekat-dekat la harga tu  bila korang convert duit tu pakai calculator. Buat  apa menyusahkan diri, baik pakai 2850 lagi cepat dan efisen...ewah...



Peringatan dan Tips.


1.  Sebelum membuat BAYARAN sila PASTIKAN dahulu duit korang yang berjuta tu.

2.  Sila PASTIKAN  dengan betul BERAPA ANGKA KOSONG  pada duit korang tu

3.  Susun  MENGIKUT ANGKA KOSONG duit rupiah tu yer.

4.  Sila gunakan duit BESAR 100,000 rupiah ( RM 33.50 )  yang WARNA MERAH dahulu. ( BANYAKKAN menyimpan duit kecil untuk kegunaan. Tapi jangan banyak sangat kembung poket korang. Kene curi dengan pencopet plak nanti. )

5.  TOLONG ingat duit color MERAH  ialah seratus ribu rupiah (100,00 Rp) dan yang color UNGU ialah sepuluh ribu rupiah (10,000 Rp)

Apsal aku bagi advice nih? Sebab ramai yang gi indon diorang beli barang. contoh key chain sekeping. diorang TERBAGI DUIT 100,000 rupiah ( RM 33.50 )  padahal key chain tu harga dia 10,000 rupiah ( RM 3.50 ) jer.

Indon tu plak senyap jer.....ye la saper tak suka dapat 30 hennget tu...dalam hati indon tu punyer la cakap YES YES aku kaya.....

So  INGAT, BEWARE DENGAN DUIT MERAH DAN UNGU.


Dah tu jer nasihat aku, kalau pergi Bandung tuh hati-hati tau. Sebab kat situ macam perkampungan lagi nanti ramai lah peminta sedekah, penjual barang dan urghh macam-macam lagi. Yang seksanya pakcik-pakcik penjual barang tuh la. Mesti paksa korang sampai beli barang dia punyer... huhuhu seksa Mummy ohok!

Kalau pergi Bali.... itu heaven! Memang bebas dari peminta sedekah dan penjual barang... syok rasanya gi bali. Aku tak pernah pergi pun. And one more thing, kalau takde aral melintang aku pergi Korea and Bejing kut tahun depan. Fuh.... memikirkan berapa banyak koyak kat dompet aku tuh... Eiiii.... geram betul kat MAMAT-MAMAT dan MINAH-MINAH yang paksa aku labur duit tuh.

Sayonara... kalau ada kesempatan dalam 2 minggu nih aku try update. Ini nak study punyer pasal. Kalau mark rendah my father cakap kena tarik duit elaun 5 bulan dan kereta pun kena tarik.... arghhh mana boleh gitu!!!! Tension tension.... huhuhuhu papai...

P/ S : Currency duit boleh berubah setiap masa. Anggaplah data di atas ini sebagai tips untuk korang melancong.