Assalammualaikum....
Ello, kita sambung trip to Bandung yer, kali ni nak citer pasal ari ketiga dan ari keempat dan kelima..... dan awas entry kali nih banyak gambar....Ok here we are bebeh...
3.Third day
Berlabuh di Tangkuban Perahu....tempat apa ni? Kat sini korang boleh tengok gunung berapi yang still aktif, dulu boleh turun kat bawah tengok dia punyer kawah tu sekarang tak boleh dah sebab gas dia tu semakin kuat, maknanya berasid lah tu.
Ini function dia, Boleh jadi bekas pencil, bunga dan macam2 lagi. Nampak x yang besar skali tu? Mula orang indon tu tawar yang besar tu 100k rupiah untuk satu. Tawar punya tawar dapat lar 2 untuk 100k rupiah. Kat indon ni korang kene pandai tawar tau. Kalau tak kene tipu jela korang.
Ok bersama kembali dengan cik Lula, kelas mengira duit indon kepada duit Mesia.
Ello, kita sambung trip to Bandung yer, kali ni nak citer pasal ari ketiga dan ari keempat dan kelima..... dan awas entry kali nih banyak gambar....Ok here we are bebeh...
3.Third day
Berlabuh di Tangkuban Perahu....tempat apa ni? Kat sini korang boleh tengok gunung berapi yang still aktif, dulu boleh turun kat bawah tengok dia punyer kawah tu sekarang tak boleh dah sebab gas dia tu semakin kuat, maknanya berasid lah tu.
Abaikan orang belakang2 tu janji nampak muka aku, masa ambil gambar ni semua orang tak ready lagi dan aku salah seorangnyer. Kenapa aku tutup mata?
Inilah kawah gunung berapi tuh, nampak tak asap dia? Menujukkan gunung berapi nih still aktif
Yih, korang sangka panas ker kat sini? Sini sejuk giler macam duduk kat London. Dahla aku pergi masa bulan 3 memang time angin bertiup kencang, nak2 lagi korang yang kurus cekeding memang kene tiup angin la..aku braper kali nak terjatuh kene tiup ngan angin ganas nih.
Apa nih? ni kayu ajaib hahaha tolong jangan percaya. Aku dah lupa nama dia, nampak tak side hitam tu? Itu kulit luaran dia dan side yang macam corak tu kulit dalaman dia, yang ajaib nya kayu ni kalau kita kikis banyak kali side dalaman dia tu corak dia takkan berubah. Apa function kayu nih?
Ini function dia, Boleh jadi bekas pencil, bunga dan macam2 lagi. Nampak x yang besar skali tu? Mula orang indon tu tawar yang besar tu 100k rupiah untuk satu. Tawar punya tawar dapat lar 2 untuk 100k rupiah. Kat indon ni korang kene pandai tawar tau. Kalau tak kene tipu jela korang.
Ini plak dari akar kayu. Yang kat atas tu landak, bawah tu plak kuda, kreatif kan diaorang nih. Kat sini macam2 bende cenderahati dijual tau. Bukan ini ajer, contohnya macam topi kat bawah ni.
Disebabkan kesejukkan yang melampau, pokde aku beli topi yang diperbuat dari bulu arnab. Tapi memang betul aku cakap sebiji macam orang russia bhahahaha. Lawak giler!!!! Gambar candid yang berjaya aku tangkap. Congrat to me!
Eceh terasa macam menikmati musim bunga kat Japan plak ahahaha, perasan.
Muahahaha tabik spring kat pokde aku yang menahan sejuk. Aku yang pakai jaket ala2 ghost rider (beli kat pasar baru) nih pun terasa sejuk lagi.
Main kat pokok jap, Bunga sakura takde plak... oih lupa plak aku nak citer kat sini diorang jual strawberry. Aku bagi rating 5/5 kat strawberry dia sebab sedap sangat dan manis giler sampai korang rasa macam terkena kencing manis. Lagi sedap daripada strawberry kat Cameron Highland tu. Strawberry dia dijamin selamat makan terus dari kotak sebab dia dah destril dulu dan ditanam secara organik.
Dah puas main kat Tangkuban Perahu, jom pergi makan... kitorang tengah makan nasi padang nih. Nasi Padang kat sini dijamin halal ek. Bila cerita pasal makan aku teringat kejadian kat food court pasar baru. Haaa...bila korang masuk sini jer, ada lah pelayan dari merata kedai tarik korang, 'bang ,ibu makan sini yuk' rasa rimas lah gak mula2 tu. Mana taknya mengekor macam kucing tak cukup makan
Tapi yang tak bleh blahnyer ada satu kes terjadi kat kitaorang "pak, jangan makan situ, tak halal"
lepas tu pelayan lain cakap " pak situ jual daging krohh krohh, jangan gi situ pak"
muahaha, sampaikan pokde aku bawak turun pak Endang (driver kitorang) tanya kedai mana yang halal.
Semua kedai kat situ halal, saje jer diaorang nak menganjing tu. Yerla org Malaysia kan kaya....hohoho kaya lah sangat. Nak gi Bandung nih pun macam nak tercekik jer.
4. Fourth day
Kat Kawah Putih, salah satu gunung berapi. Tapi tak aktif dah, cuma ada tinggalan kolah air jer. Kat sini luar dari BANDUNG TAU. Kitaorang sajer jer gatal nak jalan jauh. Kitaorang bangun kul 6 (ikut jam bandung) sampai kul 8 . Lama tak?
Pemandangan dia, dalam area gunung berapi nih, lebih tepat kawah dia la. Nampak warna biru air dia. Tapi kalau tengok dekat color dia macam pudar gitu. Sini bau sulfur kuat giler tau. Saper yang ada asma tu dinasihatkan jangan gi sini. Kenapa kat sini boleh ada sulfur? LOL aku pun tak tau. Maybe, sebab kesan gas gunung berapi kot. Kalau gunung berapi meletup, ia melepaskan gas carbon monoxide , sulphur dioxide, hidrogen chloride and many more. Meaning when it dissolve in water it became acid sulphuric and acid hidrochloric. Hahaha tolong jangan percaya aku takut aku salah.
Sibuk betul James Bond celup nih aku nak possing sensorang dia datang kacau plak. Eh mana bleh kalah ngan pokde aku, aku pakai topi bulu arnab gak. JAMES BOND celup tu pun pakai topi bulu arnab gak. Kenapa bulu arnab? Sini, famous dengan daging arnab, on the way ke sini pun berapa banyak restoran kelincir ( arnab) aku jumpa. Ini aku beli kat Tangkuban Perahu yer..jangan cari kat Kawah Putih ni...
Pemandangan masa balik dari Kawah Putih, hahaha tiang letrik di tengah sawah padi.
Ni plak makanan kat tepi jalan, atas tu langsat ke ciku? Yang tengah tu kuih janjan. Bawah sekali tu, apa eh? ntah rrr aku lupa nama dia. Aku nasihatkan korang kalau nak beli makanan tepi jalan nih tengok saper peniaga dia dulu sebab tak semua peniaga dia orang islam.
Haa.....lepas tu, kitorang jalan balik gi pasar baru untuk menghabiskan duit indon kitaorang nih.
EH ... lagi satu fakta kat pasar baru tu banyak pencopet tau...lagi2 level yang bawah2 tu. Masa aku pergi aritu kecoh la jugak pasar baru tu pasal orang kejar ramai2 pencopet dompet tu. Giler, nasib baik pencopet tu tak curi aku punyer dompet. So korang kene hati2 lah yer....
5. LAST DAY.
Balik, skang nih tunggu flight kitaorang sampai. Masing2 dengan muka ceria nak balik. Ceh, aku tak puas lagi berjalan duit ada lagi nih jom lar gi Bali. Hahaha mintak penampar, orang penat2 sesedap jer nak gi Bali plak.
Disebabkan masa aku tengah syok menangkap gambar orang lain, tetiba plak mamat ni menyelit. Kesian plak gambar dia tak banyak...nih kalau korang nak kenal mamat nih boleh klik
----------------------------------
Ok bersama kembali dengan cik Lula, kelas mengira duit indon kepada duit Mesia.
Peringatan dan Tips.
1. Sebelum membuat BAYARAN sila PASTIKAN dahulu duit korang yang berjuta tu.
2. Sila PASTIKAN dengan betul BERAPA ANGKA KOSONG pada duit korang tu
3. Susun MENGIKUT ANGKA KOSONG duit rupiah tu yer.
4. Sila gunakan duit BESAR 100,000 rupiah ( RM 33.50 ) yang WARNA MERAH dahulu. ( BANYAKKAN menyimpan duit kecil untuk kegunaan. Tapi jangan banyak sangat kembung poket korang. Kene curi dengan pencopet plak nanti. )
5. TOLONG ingat duit color MERAH ialah seratus ribu rupiah dan yang color UNGU ialah sepuluh ribu rupiah..
Apsal aku bagi advice nih? Sebab ramai yang gi indon diorang beli barang. contoh key chain sekeping. diorang TERBAGI DUIT 100,000 rupiah ( RM 33.50 ) padahal key chain tu harga dia 10,000 rupiah ( RM 3.50 ) jer.
Indon tu plak senyap jer.....ye la saper tak suka dapat 30 hennget tu...dalam hati indon tu punyer la cakap YES YES aku kaya.....
So INGAT, BEWARE DENGAN DUIT MERAH DAN UNGU.
Pengenalan dan pertukaran mata wang.
1. Harga 1,000,000 rupiah ( satu juta rupiah )
1,000,000/2850 = RM 350.00
2. Harga 500,000 rupiah ( lima ratus ribu rupiah )
500,000/2850 = RM 175.00
3. Harga 100,000 rupiah ( satu ratus ribu rupiah )
100,000/2850 = RM 35.00
4. Harga 50,000 rupiah ( lima puluh ribu rupiah )
50,000/2850 = RM 17.00
5. Harga 3,000 rupiah ( tiga ribu rupiah )
3,000/2850 = RM 1.00
6. Harga 1,000 rupiah ( seribu rupiah )
1,000/2850 = RM 0.33
Selain 2850. Korang boleh bahagi dengan 2985. Tapi biasanya 2850 tu lebih tepat. 2985 tu angka beerti jer hasilnya nanti. Apa angka beerti tu? Angka beerti tu harga yang samar-samar, kira macam nak dekat-dekat la harga tu bila korang convert duit tu pakai calculator. Buat apa menyusahkan diri, baik pakai 2850 lagi cepat dan efisen...ewah...
Ok, ada faham? Kalau tak faham aku tak tau nak cakap apa lar. Tu belum kira duit euro...lagi pening nak kira
see you next entry
bye....